Chin Peng pengkhianat negara: Sultan Selangor
SEMPORNA - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng adalah petualang dan pengkhianat negara.
Baginda bertitah perjuangan Chin Peng adalah untuk menjadikan tanah air sebagai sebuah negara komunis.
Sultan Selangor bertitah, banyak yang terkorban semasa perjuangan mempertahankan kedaulatan negara daripada menjadi negara komunis, sekali gus untuk menghalang tujuan terbabit.
"Bukan sahaja itu, malah banyak nyawa anggota tentera dan polis termasuk orang awam turut terkorban disebabkan perbuatan Chin Peng dan pengganas komunis.
"Beta mengingatkan kepada mereka yang cuba menjadi petualang dan menggadai negara kita kepada pihak luar supaya berwaspada serta menginsafi diri mereka supaya tidak melakukan perkara yang durjana ini," titah baginda semasa berucap pada majlis Lawatan Operasi ke KD Sri Semporna di sini.
Chin Peng, 89, dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok, Thailand pada 16 Sept lalu akibat sakit tua. Pada hari sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pendirian kerajaan untuk tidak membenarkan mayat atau abu mayat Chin Peng dibawa balik ke negara ini.
Baginda berharap rakyat negara ini mempelajari dan memahami sejarah negara dengan sebaiknya serta jangan menggadai maruah bangsa dan negara hanya kerana ingin mendapat sokongan dan populariti.
"Beta percaya rakyat Malaysia tidak lupa sejarah hitam semasa darurat dahulu," titah Sultan Selangor.
Sementara itu, baginda bertitah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah satu cabang angkatan tentera yang penting dalam mempertahankan kedaulatan negara di negeri ini yang kawasan perairannya luas.
Baginda bertitah, TLDM sudah menjalankan tugas mereka dengan penuh azam dan dedikasi untuk memastikan perairan negara tidak dicerobohi musuh-musuh negara dan pendatang haram.
"Syabas dan tahniah kepada anggota TLDM kerana berjaya menghadapi cabaran-cabaran yang sengit sepanjang Op Daulat yang dilancarkan berikutan pencerobohan pengganas (di Lahad Datu) yang lalu.
"Justeru itu, dalam mempertahankan kedaulatan negara ini, beta berharap semua pasukan yang terbabit sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia supaya berkerjasama dan sentiasa berkomunikasi untuk tindakan yang lebih berkesan".
Baginda bertitah kerjasama ini penting supaya segala pergerakan dan hala tuju berjalan lancar serta meraih kejayaan cemerlang dalam mempertahankan kedaulatan negara. - Bernama BH
=gambar hiasan

Oleh: Perjuangan Sejati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan