Saya yakin masih ramai lagi dikalangan masyarakat kita yang tidak mengeahui status hukum memakan belangkas.Ini mungkin disebabkan kerana hidupan laut ini jarang kita temui melainkan bagi yang tinggal berhampiran dengan kawasan pantai seperti keluarga nelayan.. Di Pasar-pasar juga tidak pernah ada orang yang menjualnya.. Boleh jadi antara kita ada yang langsung tidak pernah mengenali bentuknya.. Jadi bila tidak pernah atau jarang berjumpa dengan hidupan laut ini maka kita pun tidak terfikir apakah hukum memakannya.
Setakat pengetahuan saya tidak ada dikalangan masyarakat melayu yang memperkenalkan dan mempopularkan masakan dari belangkas melainkan cuma di beberapa tempat di negeri johor seperti di daerah kota tinggi..S ekarang ini di sana telah dibuka restoran yang menyediakan menu masakan belangkas bahkan disana ada yang menamakan restoran mereka dengan “Belangkas Mahkota”.
Tapi itu di beberapa tempat di johor,adapun di negeri-negeri lain seperti negeri kelahiran saya perak,belum pernah saya dengar lagi ada kedai makan muslim yang menyediakan menu belangkas.
Ini mungkin kerana belangkas bukanlah satu dari makanan tradisi masyarakat melayu dan amat jarang didengari orang melayu memakan belangkas. Pengalaman saya bila menceritakan kepada rakan-rakan bahawa keluarga saya pernah memakan belangkas.. Ada yang macam terkejut dan berkata bukankah Belangkas dua alam.. Ada pula yang bertanya macam mana rupa belangkas yee..Dari saya sekolah menengah sehinggalah keperingkat universiti tidak pernah saya kenal ada dikalangan rakan-rakan yang pernah makan belangkas bahkan seperti yang saya sebut tadi, ada pula yang tanya belangkas tu macam mana.. saya jawab cuba google jumpa la nanti..
Ketika di sekolah menengah agama dahulu bila belajar bab haiwan yang halal dan yang haram dimakan, disana ada disebutkan bahawa haiwan dua alam haram dimakan. Lantas saya pun teringatkan belangkas dan berfikir adakah belangkas hidup dua alam dan jika dua alam makan saya dan keluarga sudah makan dari haiwan yang diharamkan syarak.
Saya menceritakan perkara ini kepada kawan-kawan. Setelah itu ada rakan saya yang pergi berjumpa tiga orang ustaz. Tapi jawapan mereka berbeza.. Seorang ustaz lepasan al-azhar bila ditanya beliau menjawab belangkas harus dimakan. Seorang ustaz lepasan indonesia bila ditanya haram makan. Seorang lagi adalah Mudir sekolah yang memberi jawapan daging belangkas haram tapi telurnya harus.. aaaahh buntu saya dibuatnya. Ustaz-ustaz pun berbeza jawapan.
Tapi setelah saya melanjutkan pelajaran di dalam bidang agama diperingkat yang lebih tinggi barulah saya tahu jawapan yang tepat tentang perkara ini. Sebenarnya Ulama berbeza pendapat berkaitan memakan haiwan dua alam. Secara ringkasnya, pendapat muktamad dalam mazhab imam Syafie haram dan pendapat dalam mazhab imam Malik harus.
Adapun belangkas sebenarnya ia bukanlah dikatagorikan sebagai haiwan dua alam. Memang belangkas boleh naik ke darat,jika tidak takde lah orang kata”macam belangkas”:)). Naiknya belangkas ke darat bukanlah bermakna dia boleh hidup terus di darat. Cuba kita tengok ikan keli bukankah ikan keli ni liat nak mati.. Pengalaman saya beli ikan keli pagi malam pun dia masih bergerak-gerak dalam pelastik.. Saya nak sebut dari segi saintifik kenapa belangkas boleh tahan lama naik ke darat dah tak ingat faktanya dan malas nak google so anda cubalah cari jawapannya sendiri ye.. Saya nak share keputusan muzakarah majlis fatwa kebangsaan berkaitan status hukum makan belangkas dan fakta tentang darah belangkas yang pernah saya baca dahulu disatu ruangan di akhbar utusan Malaysia..
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya.Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.
Fakta darah belangkas :
Tahukah anda bahawa darah belangkas adalah berwarna biru…
Tahukah anda darah belangkas dikatakan mengandungi bahan untuk mengesan virus,bakteria dan toksin dan mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan.
3 ulasan:
Kalau belangkas haram, ketam nipah tu haram juga. Belangkas tidak akan hidup didarat selamanya sama seperti ketam nipah sebab makanan 2 binatang ini hanya ada didalam air. Jika lama didarat tanpa makanan dia akan mati. Tidak seperti katak dan ular dll dimana binatang2 ini boleh hidup selamanya samada didarat atau diair kerana terdpt makanan mereka diair dan darat. Apa yg saya faham tentang binatang 2 alam bukan kerana binatang itu boleh bernafas diair dan darat shj tetapi binatang itu boleh panjang hayatnya diair dan darat dimana mereka boleh mencari makanan di2 tempat itu.
Thks for info...tapi makan belangkas nie kena hati2, sebab ada part yang beracun..
Ade sesiapa tahu,dimana sy boleh beli sepasang belangkas yg masih hidup..Keutamaan di negeri Perak..
Catat Ulasan