Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (DPPKB) akan menganjurkan satu Jualan Amal bagi mendapatkan dana untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran di Kg Sireh, Kota Bharu.
YB Dato Bentara Setia Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berbesar hati menyumbangkan salah satu tongkat beliau untuk dilelong pada Jualan Amal ini. Harga permulaan bidaan adalah pada RM500.00.
Selain itu pelbagai barangan baru & terpakai akan turut dijual & dilelong dengan harga serendah RM1.00.
Butiran Jualan Amal DPPKB adalah seperti berikut:
Tarikh: Jumaat, 27 September 2013
Masa: 3.00 petang hingga 10.00 malam
Tempat: Tapak Car Boot Sale Lembah Sireh, Kota Bharu (Berdekatan Tesco).
DPPKB mohon sokongan orang ramai untuk memeriahkan jualan amal ini bagi membantu mangsa-mangsa kebakaran.
Pakat mari ramai-ramai.
Untuk maklumat lanjut & pertanyaan, boleh ajukan di Facebook DPPKB,https://www.facebook.com/dppkb
Tiada ulasan:
Catat Ulasan