Sadis, Maut Dikisar mesin pembancuh simen ketika membersihkan sisa simen di dalam tangki lori berkenaan di tapak pembinaan rumah di Kampung Cahaya Baru Batu 3 di sini, semalam.Mangsa, Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu dikatakan telah masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit untuk mencucinya.
Bagaimanapun, rakannya yang tidak menyedari mangsa berada di dalam tangki pembancuh itu menghidupkan enjin lori menyebabkan mesin pembancuh berkenaan berputar.
Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian setelah dirinya terkena bilah besi pada mesin pembancuh itu.Kejadian tersebut disedari selepas seorang pekerja di tapak pembinaan itu menjerit mengatakan ada pekerja di dalam mesin pembancuh simen berkenaan.-Sumber

Tiada ulasan:
Catat Ulasan