Home » » ~~ TIP DARI DOKTOR PENSYARAH ~~

~~ TIP DARI DOKTOR PENSYARAH ~~

Written By canang on Khamis, 24 Oktober 2013 | 10/24/2013 09:01:00 PTG

~~ TIP DARI DOKTOR PENSYARAH ~~

Dalam kelas, seorang pelajar telah bertanya pada pensyarah, seorang Doktor:

""Doktor rasa sesuai tak kahwin muda masa tengah belajar?"

Jawapan Doktor sangat menarik.....

"Kalau saya ada anak perempuan yang minta kahwin masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kahwinkan dia terus.

Lebih lagi kalau satu kelas atau satu universiti.

Tapi kalau anak perempuan saya yang minta nak kawin tu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah kemana, solatnya di hujung waktu, tentu saya tak bagi."

"Kenapa?" soal pelajar itu dalam hati.

Kemudian hati pelajar itu jawab kembali, "Yelah. Tak bersedia la tu."

Tapi jawapan Doktor cukup berbeza.

"Kalau anak perempuan saya tu, akhlak tak jaga dan saya bagi dia kawin. What do you expect from her husband? A very good husband? (apa yang anda harapkan dari suaminya? Seorang suami yang sangat baik?)

Sedang janji Allah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Anak perempuan saya belum cukup baik, saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baik."

Jawapan yang ringkas, tapi bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri.

Pesanan Dr pada para pelajar semua...

"Lepas ni bila u all kawin, ada isteri/suami, then suami/isteri u all buat masalah/sakit.. Benda pertama yang u all kena buat adalah SOLAT TAUBAT..

Sebab DOSA kita, boleh jadi sebab isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar cakap orang dan sebagainya"

Konsepnya: sebelum kita nak tuduh orang lain salah, kita tengok (instropeksi) diri kita sendiri dulu bagaimana.SUMBER
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger