Home » »

Written By canang on Jumaat, 29 November 2013 | 11/29/2013 08:00:00 PTG

Aksi Lucah Pelajarnya, UMP Di Gesa Bertindak Segera

KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) digesa turut menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap dua orang pelajar mereka yang telah "menconteng arang" dan mencemarkan nama universiti tertabit, dengan isu gambar lucah mereka baru-baru ini. 

Biar pun, laporan polis dibuat oleh pelajar berkenaan kononnya bukan mereka yang memuatnaik gambarberkenaan ke facebook (akaun palsu), namun aksi yang dipaparkan itu jelas membuktikan mereka wajar didakwa kerana tergamak bermalam di sebuah hotel di Cherating untuk tujuan berasmara dana.

Soal, siapa yang menyebarkan gambar tersebut kini sudah tidak penting lagi.

UMP perlu buktikan yang kedua-dua individu terbabit adalah pelajar mereka.

Jika benar dakwaan tersebut, maka tindakan tegas haruslah diambil segera agar memberi pedoman kepada pelajar yang yang lain selepas ini.

Malahan, dari bahasa dan kenyataan pelajar berkenaan juga menggambarkan betapa seronoknya mereka dapat bermadu kasih tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak.

Tindakan ini amatlah mendukacitakan dan jelas sengaja mencabar undang-undang agama Islam di negeri ini sebenarnya. Justeru, kedua-dua pelajar berkenaan perlu diheret ke muka pengadilan.

Soalnya, mereka dimalukan kerana ada "bekas kekasih" pelajar lelaki terbabit menyebarkan gambar lucah tersebut adalah isu kedua. Pokoknya adakah itu gambar mereka?. Jika benar, terbukti mereka melakukan hubungan seks di pusat peranginan terbabit.

Walau pun tidak ditangkap oleh pihak berkuasa, namun bukti gambar berkenaan adalah jelas mereka terlibat dengan gejala tidak bermoral itu sebenarnya. UMP digesa bertindak jika mahu menjaga imej dan maruah institusi terbabit.

Jika tidak, sudah pasti ramai ibubapa takut menghantar anak-anak mereka ke. IPT itu kerana gagal menerapkan unsur agama Islam dengan sebaiknya kepada para pelajar mereka. PDO 
 sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger