Home » » Apa betul ke ni ada sapa boleh sahkan kenyataan ni.

Apa betul ke ni ada sapa boleh sahkan kenyataan ni.

Written By canang on Isnin, 18 November 2013 | 11/18/2013 06:39:00 PTG


Sejak beberapa hari ini Industri Pertahanan dunia digemparkan dengan berita rasuah melibatkan Tentera Laut Amerika Syarikat dan seorang lelaki warga negara Malaysia bernama Leonard Glenn Francis atau dikenali sebagai Fat Leornard. Fat Leornard didakwa telah merasuah pemimpin tertinggi Tentera Laut Amerika Syarikat untuk mengaut keuntungan yang lebih besar bagi syarikatnya.
Apa yang rakyat Malaysia tidak tahu adalah kaitan Fat Leornard dengan kepimpinan tertinggi Malaysia. Fat Leornard melalui kroninya Jaya Sudhir Jayaram (Sudhir) sedang cuba untuk menandatangani satu perjanjian untuk kontrak Tentera Laut dengan bantuan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Nazir Razak. Sebelum itu mari kita kenali siapa sebenarnya Jaya Sudhir Jayaram. Beliau merupakan antara yang terlibat dengan Datuk Kalimullah Hassan dalam skandal “Oil for Food program” di Iran yang telah memburukkan imej dan nama Malaysia di persada antarabangsa, telah dikatakan bahawa Kalimullah Hassan dan Jaya Suhdir Jayaram telah mengaut berjuta juta ringgit melalui skandal tersebut dan tidak ada sesiapa yang ditangkap atau dibicarakan di Mahkamah mengenai skandal tersebut.
Sudhir melalui syarikatnya Mastek Sdn Bhd dilaporkan telah merasuah pengawai kanan kerajaan Iraq sebanyak US$10 Juta dalam skandal “ Oil for Food Program”. Malah Jaya Sudhir Jayaram telah menggunakan banyak syarikat syarikatnya yang lain untuk mengaut keuntungan melalui projek ini.
Kini dengan bantuan Datuk Seri Nazir Razak, si Sudhir ini cuba untuk memburukkan nama Malaysia sekali lagi dengan mendapatkan kontrak Tentera Laut Malaysia. Harap-harap Perdana Menteri kita akan katakan TIDAK kepada mereka. Sekiranya dia mendapat kontrak tersebut nama Malaysia akan dirosakkan sekali lagi.
Selain daripada itu sumber dalaman dalam Kementerian Dalam Negeri mengatakan bahawa Sudhir merupakan seorang agen CIA yang ditugaskan untuk mendapatkan rahsia tentera Malaysia untuk memudahkan Amerika Syarikat memperkuatkan aktiviti risikan mereka di Asia Tenggara.

Sekiranya Najib Razak tidak mengambil tindakan terhadap Sudhir dan tidak menafikan kontrak Tentera Laut tersebut kepada dia, kedaulatan dan keselamatan Malaysia mungkin akan terancam.
klik sini

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger