Home » » Dr Pornthip 'tak dibenar' ke M'sia beri keterangan

Dr Pornthip 'tak dibenar' ke M'sia beri keterangan

Written By canang on Sabtu, 23 November 2013 | 11/23/2013 08:46:00 PG

 Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak dibenarkan datang ke Malaysia untuk memberi keterangan dalam kes saman cuai yang difailkan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 13 yang lain oleh keluarga Teoh Beng Hock dan ia didakwa kerana "campurtangan politik."

Dengan perbicaraan yang hampir sampai ke penghujungnya, peguam keluarga itu, Gobind Singh Deo memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Dr Pornthip telah mengesahkan bahawa dia tidak dapat hadir sebagai saksi.
NONE"Dia tidak dapat menghadiri perbicaraan kerana campurtangan politik di antara kerajaan kita (Malaysia) dan kerajaan (Thailand)," kata Gobind (kiri).

Dr Pornthip sepatutnya menjadi saksi utama keluarga Teoh dalam saman itu.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai  2009, selepas dia disoal siasat di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama.

Pada 3 Oktober tahun lepas, bapa Teoh - Teoh Leong Hwee, ibunya Teng Shuw Hoi, tunangnya Soh Cher Wei dan anaknya Teoh Er Jia, memfailkan saman terhadap SPRM, kerajaan dan 12 yang lain kerana menyebabkan mereka mengalami kesedihan dan kehilangan tempat pergantungan.

Defendan menafikan dakwaan tersebut dan dalam dakwaan balasnya mendakwa kematian Teoh adalah disebabkan oleh kecuaiannya sendiri.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger