Home » » KDN pinda undang, DENDA LEBIH TINGGI jika MyKad hilang di kritik hebat warga facebook

KDN pinda undang, DENDA LEBIH TINGGI jika MyKad hilang di kritik hebat warga facebook

Written By canang on Isnin, 25 November 2013 | 11/25/2013 08:43:00 PTG


KDN pinda undang, DENDA LEBIH TINGGI jika MyKad hilang

IPOH - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan kepada pemegang MyKad sekiranya berlaku kehilangan kad pengenalan diri itu.


Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu diambil berikutan lebih 500,000 kes kehilangan kad pengenalan dilaporkan dan ia tidak boleh dikompromi.

"Bagaimanapun, sekiranya kehilangan kali pertama disebabkan faktor kecuaian dan kebakaran, pertimbangan boleh diberikan untuk menggantikannya dengan kad pengenalan yang baharu," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebanyak 565,157 kad pengenalan Malaysia dilaporkan hilang sehingga 31 Okt tahun ini.

Dr. Wan Junaidi tidak menafikan ada kad pengenalan yang hilang itu telah diseleweng dan digunakan oleh pendatang asing tanpa izin serta dijual kepada sindiket.

Ahmad Zahid berkata, siasatan akan dijalankan terhadap kes kehilangan kad pengenalan atau MyKad yang dilaporkan kepada polis bagi memastikan ia benar-benar hilang dan tidak berkaitan penipuan atau diambil kesempatan oleh pihak sindiket.

"Kita akan mencari jalan untuk membantu mereka yang benar-benar kehilangan, tetapi jika siasatan pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara mendapati ia (MyKad) digunakan bagi tujuan tertentu, satu kadar denda yang tinggi akan dilaksanakan oleh pihak KDN," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, arahan telah dikeluarkan oleh Bukit Aman supaya waran tangkap dan saman dalam Ops Cantas Khas Trafik dikemukakan kepada pesalah bukan hanya di kediaman malah di pejabat serta premis perniagaan seperti yang ditentukan mengikut undang-undang.

"Dalam hal ini polis tidak mempunyai kepentingan, kami hanya melaksanakan undang-undang. Dalam akhbar berbahasa Cina melaporkan polis menghantar saman kepada orang yang mati, memang ada di mana yang disaman itu telah meninggal dunia selepas itu (disaman), tetapi ini adalah kes terpencil," katanya.

Beliau berkata, situasi pesalah telah meninggal dunia atau berpindah tidak boleh dianggap kelemahan polis kerana waran tangkap dan saman adalah berdasarkan nama dan alamat yang dikeluarkan.

Akhbar hari ini melaporkan polis kini memulakan gerakan besar-besaran untuk menahan 251,273 pesalah trafik di seluruh negara yang mempunyai lebih daripada dua waran tangkap di rumah, tempat kerja dan sekatan jalan raya.

Ia adalah susulan Ops Cantas Khas Trafik sejak 13 Oktober lepas untuk mengesan dan menasihati 1.7 juta pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap kerana pelbagai kesalahan lalu lintas sejak lima tahun lepas. - BERNAMA





  • Sakura Azalia Utk local citizen denda lbh tinggi..tp utk pendatang zahid bg free jer..klu x..x mgkn 500 ribu lebih mykad hilang..agak2 ler

  • Pas Putatan Cari duit lagi.

  • Muhammad Hakimi Kantung kewangan negara ni semakin menipis ke hingga semua nak dinaikkan?.Malaysia ni bukan negara maju seperti Singapura.

  • Helang Timur Semakin sukar rakyat kerana akan diburu

  • Joanna Phuong suka suka naikkan .. apa apa pun naikkan , ada tak benda yang tak dinaikkan ?

  • Husnee Hj Hamdan My kad hilang denda tinggi. Mykad bagi dkt bangla@indon mcamana? Malaysia boleh.....bro

  • Susan Jipanis Umnukan biasa CANTAS rakyat... Ini adalah satu drpd nya!!!.. Tunggu masa Rakyat pila nak CANTAS umnu..!!!

  • Shamita Sharma Berapa ribu Mykad hilang sebab dompet/beg diragut? Kalau itu bukan salah polis, salah siapa?

  • Zariena Ahmad Krjaan yg bg mykad kat pndtg..ptu nk slhkn org lain...mmg mnyushkn mnusia...

  • Tajol Azmi Zulkifli Mengong

  • Siti Rohani semua tu..nak cekik darah rakyat..ni nak cover hutang negara yg bertingket-tingket lah kata kan..

  • AbejoCafe Lipis Ha ha haa mat indddd......n...ooopss...!!!

  • Joeryan Abd Rahman haramjadah.....ic palsu tiada kena mengena dgn ic hilang,......

  • Side Alyahya IC klon utk warganegara ori ade tak??hahahaha

  • Jaslina Wong Ling Pistol hilang didlm laut.. Terjumpa pulak didlm Tandas.. ish ish ish... ini pulak Mycard boleh hilang sebyk tu dlm setahun... jgn2 Yg mati tu semua punya Mycard didlm Kubur mereka pulak... ish ish ish... isu serious ni...

  • Johari Abu Bakar suma masaalah kepincangan dlm mesia ni berpunca dari kerajaan yg x senonoh....kerajaan yg terok akan menghasilkan keputusan yg terok juga....ingatlah wahai rakyat mesia - selagi kita x tuko gomen selagi itulah gomen yg ada ni menindas rakyat - HAPUSKAN UBN

  • Joeryan Abd Rahman sokong .......10000%


  • Sunny Lim Kenapa kena bayar denda yang Tinggi ...kan sekarang perompak banyak peragut pun banyak ini salah PDRM tak mengawal keadaan dengan baik ...SALAH SIAPA !!!

  • Kadir Othman My kad hanya satu kad. Patut menangani bagaimana My kad yang hilang boleh di salah gunakan. ..itu je. Rumit sangat ke masaalah ni?
  • Fanatik Exstreme Kerajaan cari duit saja akhir akhir. Lepas ni apa lagi yg nak di naik kan ya?

  • Mohamad Ramlan Mykad offer utk pendatang asing setiap 4 tahun dgn lafaz I help u u help I...



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger