Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil kesempatan di hari terakhir kempen pilihan raya kecil DUN Sungai Limau untuk menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai orang yang tidak tahu bersyukur.
Sedangkan, Anwar sendiri mampu mendapat pendidikan yang baik kerana bapa kepada bekas timbalan perdana menteri itu, Datuk Ibrahim Abdul Rahman seorang ahli Umno, kata Mahathir.
"Itulah Anwar dia tak pernah bersyukur langsung. Orang Melayu ini kena terhutang budi tetapi Anwar ini nampaknya tak pernah rasa terhutang budi.
"Dulu masa dia dalam kerajaan semuanya baik-baik sahaja," katanya pada sidang media selepas hadir di Karnival Luar Bandar Rakyat 1Malaysia di Bukit Besar.
Beliau turut ditanya sama ada kehadirannya ke Sungai limau adalah usaha terakhir BN untuk meraih sokongan penduduk Sungai Limau.
"Saya sepatutnya ke Vietnam tetapi isteri saya sakit.
"Jadi, saya ada satu hari lapang untuk buat apa-apa saya mahu dan saya datang ke sini," katanya.
2 ulasan:
mamak kutti ni lh manusia yg tak pernah tau utk berterima kasih.Bila di kait kn dgn isu kewarganegaraan yg di beri kpd warga asing dia salah kn Almarhum Tunku.Tun Hussien melantik beliau menjadi TPM,dia yg mendesak Tun Hussien utk meletak jawatan.Semasa pertembungan Team A&B pd tahun 1987,DSAI ada lh slah seorang dr team yg mempertahan kn dia.Jd siapa manusia yg tak tau mengenang budi?
Saya ada satu hari lapang datang buat kenyataan bodoh dan bangang supaya rakyat tahu saya memang dah nyanyok!!
Catat Ulasan