Lana Nordin Pakai Baju Tertonjol Cetus Kontroversi Hebat! - Kami bukanlah sengaja ingin dedah gambar-gambar seksi dan menonjolkan perkara yang tidak elok. Namun, kami tertarik dengan kenyataan sesetengah artis yang boleh dikatakan selalu berpakaian yang agak mendedah namun masih cuba tegakkan benang yang basah sehingga ramai yang memberi spekulasi bahawa artis-artis ini langsung tidak mengambil berat tentang agama tambahan yang beragama Islam.
Begitulah yang terjadi dengan pelakon, Lana Nordin. Kalau ada yang singgah di laman Instagram beliau, ada saja komen-komen negatif dan tidak kurang juga berunsur lucah yang diberikan pada gambar-gambar yang dimuatnaik.
Sememangnya, komen-komen negatif adalah perkara biasa untuk seseorang artis. Orang biasa pun adakalanya terima komen dan kritikan sebegini. Tapi, ada eloknya kalau sesetengah komen tidak dijawab.
“Saya sekat 10,000 peminat di laman Instagram kerana mereka selalu memberikan komen yang seperti sengaja nak mengaibkan saya. Saya dah penat bila nampak komen-komen negatif yang dilemparkan. Ada yang bagi komen dengan kata-kata lucah. Saya tak mahu lah instagram saya sewenang-wenangnya jadi medan golongan ini untuk mengutuk dan mengaibkan saya. Niat saya hanyalah berkongsi aktiviti saya dengan peminat. Bila saya privasikan akaun saya, mereka kata saya sombong. Tapi bila saya kongsi, mereka kutuk saya macam-macam.”
Baru-baru ini, ada juga kes Lana membalas komen seorang peminat yang mengatakan beliau pelakon ‘sendu’.
“Tentang saya bersikap lantang pada peminat di Instagram tu, sebenarnya saya tak kisah pun orang nak komen. Nama pun laman sosial, jadi kita kenalah tahu macam mana nak bersosial. Kalau nak tegur tu boleh tapi janganlah sampai mengaibkan. Mak dan ayah saya pun kalau nak tegur salah saya, mereka akan panggil saya seorang dan bukan tegur saya depan adik – beradik saya.”
“Lagipun masa tu banyak komen yang lucah-lucah. Dan kalau saya diamkan tentu ianya berlarutan. Kalau tak suka, jangan lah follow saya. Kalau mereka rasa berdosa tengok gambar-gambar saya, jadi jangan lah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang pelik-pelik.”
“Saya tak suka nak marah, marah. Cuma saya tak boleh terima kalau orang itu kurang ajar. Saya rasa dalam hal ini, bukan saya seorang saja artis yang yang bersuara lantang. Artis pun ada perasaan dan air muka, walaupun orang kata penampilan saya moden tapi kalau nak tegur tu, agak-agaklah. Jangan sampai memalukan orang.”
Kami faham Lana cuba membela diri. Namun, mungkin gadis ini patut lebih bersedia kalau ingin ketengahkan imej seksi.
Instagram tiada bahagian ‘private message’, kalau ada pasti ramai yang akan lebih ‘sopan’ menegur Lana dan tidak memalukan Lana.
Yang lucah-lucah dan negatif itu, memang patutlah disekat akses ke akaun Instagram Lana. Namun yang cuba menasihati, kami rasa mereka ini ambil berat tentang Lana sebagai saudara Islam. Bukanlah niat untuk memalukan.
Apa pun, kita semua memang patut menegur antara satu sama lain sebagai peringatan. Namun, tidak elok kalau diaibkan. Doakanlah saja kalau anda sudah cuba menegur sebaik yang mungkin.
Semoga Lana lebih peka menilai mana satu komen negatif dan mana satu nasihat yang jujur.SUMBER
1 ulasan:
kalau tanya lagi, dia akan jawab:"... saya dedah-dedah ini adalah perbuatan baik ... orang yang tak tau jadi tau ... perbuatan baik adalah amalan baik .... ni kira saya buat amalan baiklah ni ....!
Catat Ulasan