Penunjuk perasaan berkata, mereka mahu melumpuhkan kerajaan dengan memaksa kakitangan kerajaan untuk berhenti kerja. Mereka menyanyi, menari dan meniup wisel di lorong bangunan-bangunan kerajaan.
Kerajaan menganggap tunjuk perasaan itu sebagai satu cubaan rampasan kuasa secara haram.
Penunjuk perasaan berkata, mereka kecewa kerana mereka merasakan bahawa kerajaan Thailand masih berada di bawah perintah oleh bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan oleh tentera pada tahun 2006 dan disabitkan atas tuduhan rasuah jenayah pada tahun 2008.
Thaksin Shinawatra adalah abang kandung Perdana Menteri sekarang Yingluck Shinawatra.
Penunjuk perasaan anti-kerajaan menjerit slogan semasa perhimpunan besar-besaran di hadapan ibu pejabat Polis Diraja Thailand pada 25 November di Bangkok |
penunjuk perasaan mengibarkan bendera Thailand semasa rally besar-besaran di Bangkok |
penunjuk perasaan terpaksa berdepan dengan polis anti rusuhan Thailand di Bangkok |
Suthep Thaugsuban, pemimpin demonstrasi anti-kerajaan, (kanan) disambut oleh penyokong apabila mereka berjaya menguasai Bangunan Kementerian Kewangan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan