Home » » Perkahwinan Che Ta, Zain bernilai RM13 juta...

Perkahwinan Che Ta, Zain bernilai RM13 juta...

Written By canang on Selasa, 26 November 2013 | 11/26/2013 08:35:00 PG


Perkahwinan Che Ta, Zain bernilai RM13 juta...untunglah badan ramai yang sponsor SHAH ALAM: Perkahwinan gilang-gemilang pasangan selebriti sensasi, Rozita Che Wan dan Zain Saidin pada 11 Disember ini menerima tajaan keseluruhan bernilai kira-kira RM13 juta. Mencatatkan sejarah tajaan perkahwinan paling besar dan mahal diterima pasangan artis tempatan, Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta dan Zain mendapat jolokan 'Wedding of the Year'. Tarikh 11 Disember ini pasti menjadi momen yang penuh indah buat pelakon, Rozita Che Wan, 39, dan Zain Saidin, 29. Mereka akan menempuh fasa baru yang sentiasa ditunggu-tunggu dalam hidup setiap insan bergelar suami isteri. Seperti yang telah diumumkan pasangan itu pada petang tadi, majlis akad nikah mereka akan diadakan pada 11 Disember ini di Gazebo Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam, Selangor selepas solat Maghrib.
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bayar cukai berapa tahun ni jika blanja kawin $13juta?
Tolong LHDN bagitau.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger