"Wahai anggota Ikhwan Muslimin, ramai daripada kamu semua masih belum menyedari sepenuhnya perjuangan Al Ikhwan. Ketika tiba harinya nanti kamu menyedari dan memahami perjuangannya, maka kamu akan menghadapi banyak penentangan dan permusuhan.
"Kamu dapati diri kamu diselubungi oleh kesukaran dan kesusahan. Perjalanan kamu akan dirintangi oleh banyak halangan. Apabila kamu berjaya mengatasi halangan halangan ini barulah kamu akan menjadi pembawa panji-panji Islam yang sebenar.
"Hari ini kamu tidak dikenali, tetapi kamu akan merintis jalan perjuangan Ikhwan. Perjuangan ini memerlukan banyak pergorbanan. Oleh itu, kita haruslah bersedia. Kejahilan orang terhadap Islam juga merupakan halangan perjalanan kamu. Para ulamak rasmi akan menunjukkan rasa terkejut apabila melihat cara kamu berdakwah.
"Jihad yang kamu lancarkan atas nama Allah tidak akan dihargai. Para pemerintah, pemimpin dan golongan kaya akan berasa iri hati terhadap kamu. Kerajaan akan menentang kamu dan akan berusaha menyekat segala kegiatan kamu serta melempar onak dan duri di sepanjang perjalanan perjuangan kamu. Pihak yang berkepentingan akan menggunakan segala cara yang mungkin untuk menggagalkan perjuangan kamu.
"Pihak yang lemah dan pengecut akan menggunakan kerajaan untuk tujuan tersebut. Orang-orang yang berakhlak buruk akan sentiasa menentang kamu. Ada pula golongan yang meragui perjuangan kamu lalu melemparkan berbagai tuduhan. Mereka akan memberi gambaran yang salah terhadap perjuangan kamu dan di samping itu, mereka juga memiliki kuasa, kekayaan dan pengaruh. Dalam keadaan beginilah kamu dikira benar-benar telah memasuki gelanggang pengalaman dan ujian.
"Kamu akan dipenjarakan, dibuang dan dihalau dari rumah kediaman. Harta kamu akan dirampas, rumah kamu digeledah dan tempoh ujian ini mungkin memakan masa yang lama. Namun begitu, Allah telah berjanji bahawa Dia akan membantu para Mujahidin dan memberi ganjaran kepada para mukmin."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan