Home » » Adun PAS Beri Kefahaman Islam Kepada Penganut Kristian Dalam Gereja

Adun PAS Beri Kefahaman Islam Kepada Penganut Kristian Dalam Gereja

Written By canang on Ahad, 29 Disember 2013 | 12/29/2013 04:24:00 PTG

Ketika Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memburu gereja yang menggunakan nama Allah dalam majlis mereka, Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman berucap di sebuah gereja.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu memberi ucapan di dalam majlis bersama Pastor Moses Savari dan 100 orang penganut agama Kristian di Pekan Meru 26 Disember lepas
Ia telah disiarkan oleh Dr Rani dalam akaun Facebook miliknya. Pastor Moses Savari dalam ucapannya berkata, semenjak persatuannya ditubuhkan pada tahun 1993 inilah pertama kali dalam hidupnya seorang Muslim malah wakil rakyat sanggup memijak kaki ke majlis begini dan memahamkan kepadanya tentang gambaran sebenar Islam.

Beliau yang cukup berasa teruja dengan kehadiran Dr Rani mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana sudi hadir dan memberikan sumbangan kepada masyarakat Kristian yang memerlukan bantuan di Meru.

Sikap mereka berbeza sekali dengan tindakan yang diambil Jais yang sedang menyiasat gereja yang menggunakan nama Allah dalam majlis mereka.

Awal minggu ini, Utusan Malaysia telah mendakwa kumpulan Kristian yang dikenali sebagai International Full Gospel Fellowship mengadakan majlis tertutup di sebuah hotel di Klang dan didengari menyanyikan lagu yang mengandungi perkataan “Allah”.

Akhbar yang dikuasai Umno itu juga melaporkan, satu notis dipasang di lobi hotel itu yang berbunyi: “International Full Gospel Fellowship: Keluarga Allah Satelit Nilai dan Satelit Puchong, Dari Gelap Akan Terbit Terang”.

Ekoran itu, Jais sedang menyiasat gereja yang terlibat.

Pengarah Jais Ahmad Mohd Saad berkata, pihaknya akan menyenaraikan gereja di Selangor sebelum menghantar surat bagi meminta mereka mematuhi enakmen negeri yang menghalang berbuat demikian.

Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Penyebaran di Kalangan Umat Islam) yang menghalang penggunaan nama Allah yang diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor 25 tahun lalu dan dikuatkuasakan Julai 1988.

Jais telah menggunakan enakmen itu ketika mengumumkan sekatannya ke atas bukan Islam daripada menggunakan nama Allah.

Selain Selangor, 10 negeri lain turut meluluskan enakmen menghalang bukan Islam menggunakan antara 18 hingga 25 perkataan termasuk Allah. – 28 Disember, 2013. -- TMI., Wa Allahu'alam.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger