Aktivis mahasiswa saman polis RM10 juta kerana fitnah guling kerajaan Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim (gambar) menafikan penglibatannya dalam Himpunan Turun Kos Sara Hidup (Turun) pada malam esok sebagaimana dakwaan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Katanya, sejak daripada penubuhan Turun oleh teman mahasiswanya yang lain, dirinya tidak pernah secara langsung terlibat dalam mesyuarat mahupun proses membuat keputusan himpunan tersebut. "Saya berasa kecewa dan jijik terhadap tuduhan palsu tersebut. Ia sesuatu yang pelik bagaimana risikan polis boleh mengaitkan saya dengan himpunan tersebut, sedangkan saya sepanjang tempoh kempen Turun tidak pernah memberi ucapan mahupun kenyataan yang berkaitan secara langsung dengan himpunan tersebut. "Maka, setelah berbincang dengan peguam dan teman-teman, saya bersedia untuk mengemukakan saman sebanyak RM10 juta kepada PDRM dan pihak lain yang bersekongkol memburukkan nama saya di mata masyarakat dan media," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Adam, bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 dan peguam Datuk Ambiga Sreenevasan sudah menyatakan kesediaan untuk mewakilinya dalam kes saman ini. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Ishar Singh pada Sabtu mendakwa beberapa individu termasuk Adam sebagai dalang kepada Himpunan Turun yang turut digelar Himpunan Gulingkan Kerajaan bakal berlangsung pada malam esok. Adam berkata risikan polis yang bertanggungjawab ternyata dengan sengaja dan berniat jahat memburukkan namanya dengan menuduh bakal membuat huru-hara dengan menggunakan bom tangan dan senjata merbahaya yang lain. Katanya, tuntutan saman ini wajar dijadikan pengajaran kepada PDRM dan pihak yang berkaitan agar tidak sewenang-wenangnya menjadikan pihak tertentu sebagai mangsa permainan politik yang diarahkan oleh pihak berkepentingan lain. "Ini adalah tuduhan yang berat dan tidak boleh diambil ringan. Pihak PDRM seharusnya adil dan saksama dalam menjalankan tugas mereka sebagai pelindung undang-undang dan keselamatan masyarakat," katanya.
Home »
» Aktivis mahasiswa saman polis RM10 juta kerana fitnah guling kerajaan
Aktivis mahasiswa saman polis RM10 juta kerana fitnah guling kerajaan
Written By canang on Selasa, 31 Disember 2013 | 12/31/2013 07:06:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan