HAJAT satu puak pelampau yang ingin mengadakan himpunan haram pada 31 Disember bertujuan mendapat sokongan ramai bagi mengguling kerajaan telah dipatahkan.
Menurut laporan, pihak yang terbabit dengan penganjuran himpunan haram itu, termasuk pelajar universiti, sudah ditangkap dan siasatan polis sedang berjalan.
Ramai masih tertanya-tanya: apakah yang mendorong mereka hingga tergamak mahu mengguling kerajaan dengan cara demikian? Padahal kerajaan yang ada hari ini baru sahaja dipilih rakyat secara demokratik dan menang dalam pilihan raya umum sembilan bulan lalu.
Keputusan pilihan raya sudah pun diterima, Parlimen sudah bersidang manakala kerajaan yang dibentuk sedang berfungsi dan akan memerintah sehingga pilihan raya umum akan datang.
Andai pun puak ini tidak berpuas hati dengan kerajaan yang memerintah - sama ada kerana isu kenaikan kos hidup dan apa yang mereka persepsikan sebagai ketidakadilan, kezaliman atau apa saja - kaedah mengguling kerajaan secara haram, tidak boleh diterima.
Negara kita yang merdeka dan berdaulat ini ada Perlembagaan, tamadun dan undang-undang yang berkaitan dengan penubuhan kerajaan, sistem governan, instrumen pentadbiran dan pemerintahan yang diterima pakai dan sudah berjalan sekian lama. Cara kekerasan dan melampau – secara sivil atau sebaliknya – tidak ada tempat di negara kita dan tidak diterima rakyat.
Mungkin puak ini terpengaruh dengan apa yang berlaku di beberapa negara Arab, Eropah atau negara jiran seperti di Thailand, Indonesia dan Filipina, namun sejarah menunjukkan jika cara kekerasan digunakan, maka mereka akan berdepan dengan tindakan balas pihak berkuasa dan penolakan rakyat.
Sekumpulan militan yang sesat, Al-Ma’unah, telah merempuh kem tentera dan merompak senjata ringan dan berat dalam satu usaha nekad untuk mengguling kerajaan pada 2000. Mereka lancar serangan bom di sekitar Kuala Lumpur dan membunuh beberapa anggota keselamatan yang tidak berdosa.
Puak ini jelas terpengaruh dengan ajaran dibawa sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi sebaliknya telah mengajar untuk membenci kerajaan, para pemimpin serta polis dan tentera yang dianggap kafir, taghut, zalim dan harus diperangi.
Akhirnya, kesemua 19 anggota kumpulan ini terbunuh atau menjalani hukuman mati kerana didapati bersalah oleh mahkamah kerana melancar perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Begitu juga dengan gerakan reformasi pada lewat 1990an yang berlanjutan beberapa tahun. Walaupun pada awalnya gerakan ini mendapat sokongan pengikutnya, akhirnya ditolak rakyat majoriti kerana ia jelas merosakkan negara dan memecah-belah perpaduan.
Pada 2001, seorang ketua pemuda PKR mengatakan bahawa rancangan mereka ialah mengguling kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.
Beliau dan sembilan aktivis telah ditangkap pada 10 Mei 2001 kerana mencetus kekacauan dan terbabit dengan kegiatan yang mengancam keselamatan negara. Sebaliknya, pada PRU 2004, rakyat telah memberi kemenangan terbesar dalam sejarah kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional.
Usaha pihak pembangkang untuk menimbulkan huru-hara dan anarki sebagai kaedah menggugat kerajaan masih berterusan. Mereka berdemonstrasi dan mengadakan protes jalanan atas apa yang dipanggil ‘kuasa rakyat’ padahal yang gila kuasa sebenarnya adalah segelintir pemimpinnya sahaja.
Mereka bertindak ganas seperti mengancam, mengugut dan menakut-nakutkan orang ramai.
Mereka berusaha mewujudkan ketegangan kaum dan agama dengan mengamalkan politik benci serta membangkitkan isu perkauman. Mereka mencabar kesucian agama Islam, mempersenda Nabi Muhammad SAW dan institusi Raja-Raja Melayu.
Mereka mencemari masjid seperti berkumpul secara haram dan membenarkan penyokong bukan Islam berteriak, menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat dalam masjid.
Fitnah, penipuan dan cara kekerasan sebegini mestilah dibendung. Puak atau golongan tertentu tidak boleh memaksa kerajaan atau golongan majoriti untuk mengikut tuntutan, desakan, pandangan atau cara mereka berfikir. Ini bukan cara demokrasi.
Segelintir rakyat – tidak kira atas tujuan apa sekalipun – tidak berhak merampas hak rakyat majoriti untuk hidup aman dan selamat serta memilih kerajaan yang mereka mahu.
Dalam demokrasi, hak dan keperluan majoriti adalah lebih utama dan penting. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan keamanan, kestabilan dan hak asasi majoriti rakyat terpelihara.SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan