Sebelum ini, mereka antara pasangan selebriti yang sering digosipkan bersama. Malah, Shila Amzah sendiri selalu memuat-naik fotonya bersama Johan As’ari ke dalam laman Instagram miliknya. Namun begitu, tiba-tiba sahaja Johan membuat satu pengumuman yang mengejutkan industri hiburan apabila secara tiba-tiba membuat pengakuan dia rupanya mencintai pelakon, Lana Nordin dan sudah melamarnya sebagai isteri. Apa sudah jadi dengan hubungannya dengan Shila?
Setelah diajukan soalan berkenaan, Johan mendedahkan selama ini hubungannya dengan Shila Amzah tidak lebih seperti sayang daripada abang kepada adik. Namun tidak bagi Shila dan mungkin dia telah menerima tamparan yang hebat daripada kenyataan Johan itu. Shila telah meluahkan rasa kecewanya di laman Instagram dan Twitter dan Johan menganggap luahan Shila Amzah itu sebagai kurang matang.
“Saya sayang Shila tak lebih daripada seorang sahabat. Dia muda lagi baru usia 23 tahun. Kerjayanya tengah memuncak. Semua orang bangga dengan dia. Saya tak tahu luahannya itu kepada saya atau siapa. Mungkin dia belum sampai ke standard pemikiran kita yang dewasa. Bagi saya, dia baru melalui fasa kehidupan dan kematangan yang kita sendiri kena faham. Dia pun ada sejarah dia. Kita kena jadi pemaaf dan jangan biarkan diri kita selalu dimaafkan. Saya dan Shila, kami sahabat sampai bila-bila,”katanya dipetik murai.com.my.
Selepas mengambil keputusan untuk melamar Lana sebagai isteri, Johan memberitahu Shila Amzah telah ‘blocked’ dirinya daripada akaun Instagram. Namun sempat dia berkata sempat menghubungi ibu Shila dan memberi penjelasan supaya pihak keluarganya jelas tentang apa yang berlaku diantara dia dan Shila.
Berkenaan hubungan dengan Lana Nordin pula, Johan menjelaskan dia masih merancang untuk menikahi Lana dan belum ada tarikh untuk menyatukan mereka dengan ikatan yang sah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan