LAPORAN BANK DUNIA: KERAJAAN BN JUAL ASET NEGARA UNTUK CAPAI SASARAN DEFISIT
Pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak terus mengumumkan angka-angka untuk meyakinkan orang ramai dan institusi kewangan bahawa beliau serius untuk mengekang tahap keberhutangan negara. Sasaran yang diletakkan ialah untuk menurunkan defisit ke paras 4% dari jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Untuk menurunkan defisit, KEADILAN telah berkali-kali menegaskan bahawa bahawa reformasi ekonomi yang menyeluruh perlu dibuat, bermula dengan mengekang rasuah dan keborosan. Ini akan mengurangkan belanja yang ditanggung rakyat setiap tahun kerana pendapatan yang diperolehi negara adalah mencukupi.
Malah, dengan penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan, KEADILAN yakin sasaran defisit yang lebih rendah iaitu 3.5% boleh dicapai seperti yang diunjurkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat.Keengganan Dato’ Seri Najib Tun Razak memotong perbelanjaan boros kerajaannya menyebabkan beliau mencari jalan yang menekan rakyat.
Kenaikan harga barang, pengurangan subsidi, kenaikan tarif dan yang terkini kenaikan tol adalah berpunca dari kegilaan Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu mencapai sasaran defisit tetapi tidak mahu membanteras rasuah.
Lebih memeranjatkan, Dato’ Seri Najib Tun Razak dilaporkan akan mengambil jalan menjual aset negara dan menerbitkan lebih banyak sekuriti hutang dari aset-aset negara semata-mata untuk menutup kegagalan pentadbiran ekonomi beliau mencapai sasaran defisit yang beliau sendiri tetapkan. Laporan terkini dari Bank Dunia iaitu “Malaysia Economic Monitor: December 2013” pada mukasurat 10 menyatakan seperti berikut:
“… the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0% of GDP vs 4.5% in 2012). This target will be achieved through additional tax revenues (Figure 13). Of the additional RM11.8 billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4 billion originated from non-tax sources, including RM1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages…”
Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya.
Saya syak rancangan menjual aset negara ini telah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal. Ini bermakna, harta-harta negara ini telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara.
Saya memandang serius perkara ini dan akan menggesa satu sidang Parlimen tergempar dipanggil secepat mungkin untuk membincangkan kepincangan pentadbiran ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak yang meliputi isu-isu kenaikan harga barang mendadak dan tindakan menjual dan mencagarkan aset negara seperti yang didedahkan di dalam laporan Bank Dunia.Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi Parti KEADILAN Rakyat
Ahli Parlimen Pandan
------------------
Ulasan admin :
1 - amalan sapu cekik dan telan dalam kerajaan umno-bn yang sudah menjadi kebiasaan.
2 - apabila sumber pendapatan negara sudah berkurangan, kerajaan terpaksa menjual aset negara.
3 - bagaimana mahu reformasikan ekonomi, mereka lebih rela menjual segalanya daripada menyekat/mengusik tempolok kroni dan kaum kerabat mereka.
Selagi namanya kerajaan umno-bn, selagi itulah tidak akan selesai masalah rakyat!
Amalan sapu cekik dan telan sudah menjadi darah daging umno sejak ditubuhkan...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan