Maksiat itu akan melahirkan maksiat yang lain. Jika maksiat sering dikerjakan, maka akan terjadi pengumpulan maksiat.
Pelaku maksiat melihat tubuhnya segar bugar, hartanya banyak dan tidak ada masalah dengan keluarganya. Dia berfikir dirinya tidak dihukum Allah, padahal mereka tidak memahami kalau dia sedang dihukum adalah merupakan hukuman.
Ya, sesuatu yang manis baginya berubah menjadi pahit, lalu yang ada adalah pahitnya penyesalan, kesedihan pada akhirnya .
Ibnu Al Qayyim Rahimahullah merumuskan kesan maksiat dalam kitabnya Faraid, diantara kesan maksiat ialah :
pelakunya tidak banyak mendapatkan petunjuk, fikirannya kacau, dia tidak melihat kebenaran dengan jelas, hatinya rosak, daya ingatnya lemah, waktunya hilang dengan sia-sia, dibenci manusia, hubungan dengan Allah renggang, doanya tidak dikabulkan, hatinya keras, keberkatan di rezeki dan umurnya musnah, diharamkan mendapatkan ilmu, hina, dihinakan musuh, dadanya sesak, diuji dengan teman-teman yang jahat yang merosakkan hati dan mensia-siakan masa, cemas berpanjangan, sumber rezekinya sempit dan hatinya tergoncang.
Maksiat dan lalai membuatnya tidak boleh berzikir kepada Allah, sebagaimana tanaman tumbuh kerana air dan kebakaran berlaku kerana api.
Saudaraku, jauhi dosa dan jangan dipandang ringan kerana dosa boleh membakar satu negara. Orang yang tidak serik melakukan dosa, cubalah fikirkan apa yang membuat anda berdosa? Istighfarlah... - Dr Najih Ibrahim.sumber
*Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan