Berikutan itu, Peguam negara memberikan tempoh seminggu kepada polis untuk mengemukakan hasil siasatan berhubung kes itu kepada Pejabat Peguam Negara. Menurutnya, kes itu diarahkan dibuka semula selepas ia mendapat perhatian daripada orang awam yang mengambil berat terhadap insiden berkenaan.
“Setakat ini, kita menerima kertas siasatan mengenai keterangan mangsa, bapa dan ibu saudara mangsa serta doktor, selain laporan perubatan.
“Pada masa sama, polis turut diarahkan mendapatkan keterangan tambahan lain berhubung kes ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Bagaimanapun, Abdul Gani berkata, sekiranya bukti tidak mencukupi, kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah. Awal November tahun lalu, seorang remaja perempuan menggemparkan negara apabila berkahwin pada usia muda bersama pasangannya sekali gus mendapat perhatian daripada orang ramai. Remaja perempuan terbabit Nor Fariza Saad dinikahkan dengan suaminya, Mohd Fahmi Alias di Masjid Kampung Padang Cina, Kulim, Kedah ketika berusia 12 dan 19 tahun.
Bagaimanapun, pada 11 November lalu pasangan terbabit dilaporkan bercerai talak tiga di Mahkamah Syariah Kulim, Bapa Nor Fariza mendakwa anaknya dirogol dua remaja diikuti rakan mereka iaitu bakal suaminya, Mohd Fahmi empat bulan sebelum tarikh perkahwinan.
Menurutnya laporan itu ditarik balik selepas dia didatangi bapa Mohd Fahmi yang merayu supaya laporan ditarik balik. Abdul Gani berkata, polis sudah mengambil tindakan terhadap kes berkenaan di mana dua daripada tiga suspek ditahan, manakala seorang lagi belum dapat dikesan.
“Dua suspek dibawa ke mahkamah dan seorang daripadanya mengaku bersalah serta dihukum selama satu tahun di sekolah pemulihan akhlak.
“Selain itu, Timbalan Pendakwa Raya atas sebab tertentu ketika itu menarik balik kes berkenaan,” katanya. -
2 ulasan:
Wahai Peguam Negara pasir berdengung...boleh tak arahkan kes PKFZ dan kes Pulau Batu Putih dibuka semula? Jangan lah kes ikan bilis saja diberi perhatian, kes jerung let go saja.
wahai peguam negara pasir berdengung..buka lah kes pulau batu puteh..ehemm..ehem..
Catat Ulasan