Home » » Simbol perempuan disangka salib

Simbol perempuan disangka salib

Written By canang on Rabu, 25 Disember 2013 | 12/25/2013 12:00:00 PTG

MARANG - Seorang datuk terkejut apabila mendapati cucunya ingin memakai seutas rantai benang dengan loket dipercayai berlambangkan salib selepas kanak-kanak berusia dua tahun itu menemuinya dalam sebungkus produk makanan ringan.

Abdul Malik Mahmud, 57, yang kesal dengan kejadian itu pada awalnya percaya ia adalah sebahagian usaha pihak tertentu memesongkan akidah umat Islam secara halus dengan meletakkan permainan tersebut dalam bungkusan makanan.

Menurutnya, rantai benang berwarna merah dengan loket plastik lambang salib itu adalah hadiah dalam bungkusan makanan ringan tersebut yang dibeli di sebuah kedai runcit berdekatan rumah mereka di Medan Jaya, di sini.

“Kami tidak menyalahkan peniaga sepenuhnya, namun kesal kerana sikap pengilang tidak bertanggungjawab sanggup memasukkan barangan yang boleh merosakkan akidah orang Islam secara terbuka semata-mata untuk mengaut keuntungan,” katanya.

Bagaimanapun setelah diselidiki, lambang loket plastik dalam bungkusan produk makanan ringan itu bukanlah lambang salib seperti disangka Abdul Malik, sebaliknya merujuk kepada simbol jantina seorang perempuan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger