Home » » 5 Gambar 2 orang Sami Buddha solat berjemaah di masjid tersebar

5 Gambar 2 orang Sami Buddha solat berjemaah di masjid tersebar

Written By canang on Jumaat, 10 Januari 2014 | 1/10/2014 09:10:00 PTG


Beberapa keping gambar menunjukkan dua orang sami sedang solat berjemaah di masjid kini menjadi viral di mediasosial.

Menurut sumber yang dinyatakan di blog-blog dan page facebook mengatakan gambar itu dirakamkan di sekitar Rantau Panjang selepas kejadian kebakaran besar yang menyebabkan pasar musnah tetapi hanya surau tidak dijamah api.

Namun, setelah melakukan sedikit carian di google, ternyata isu ini disensasikan semula kerana yang sebenarnya gambar-gambar sami ini sudah ada sejak tahun 2009 lagi. Namun, tidak pula dapat dipastikan kenapa mereka berjemaah di dalam masjid ketika itu.

Ada yang mengatakan kedua orang sami ini berminat mendalami Islam seterusnya cuba mempelajari di Masjid seperti di dalam gambar. Mungkin ada benarnya dakwaan itu kerana sekeping gambar dibawah menunjukkan seolah-olah seorang guru agama sedang mengajar sesuatu kepada mereka berdua.

Dakwaan itu juga dikuatkan lagi apabila para jemaah dilihat seperti merelakan kedua sami ini berjemaah. Tetapi, status Sami ini masih menjadi tanya samaada telah masuk Islam ataupun tidak. -TengokTVOnline

Lagi Gambar:




Share this article :

1 ulasan:

hak55 berkata...

Buddhism itu sebenarnya bukannya agama, mereka tidak menyembah tuhan dan mereka melakukan satu tradisi, kepercayaan dan amalan yang di bawa oleh Siddhartha Gautama, yang lebih dikenali sebagai Buddha. Dia adalah bekas seorang putera raja. mereka tidak solat cuma memuja Buddha. "Buddhism is a nontheistic religion that encompasses a variety of traditions, beliefs and practices largely based on teachings attributed to Siddhartha Gautama, who is commonly known as the Buddha, meaning "the awakened one"." Lihat disini: http://en.wikipedia.org/wiki/Buddh ism - Jadi, jika ada sami-sami Buddha yang ingin memeluk islam kerana sedar bahawa Islam adalah agama dan cara hidup yang betul, mereka harus digalakkan. As - Salaam. HAK

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger