Home » » Cerita Paling Lawak2014-Anwar Ibrahim bakal masuk UMNO?

Cerita Paling Lawak2014-Anwar Ibrahim bakal masuk UMNO?

Written By canang on Selasa, 28 Januari 2014 | 1/28/2014 06:50:00 PG


Maklumat sahih dari kem bekas 2 Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyebut, usaha-usaha sedang dibuat untuk membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.
Sumber yang memaklumkan perkara ini kepada aku menyebut bahawa usaha tersebut dibuat memandangkan di dalam UMNO tidak ada pemimpin yang boleh menggantikan Najib Tun Razak jika keputusan dibuat untuk menggantikan Perdana Menteri tersebut.
Lagipun Anwar juga katanya sudah tidak melihat sebarang harapan akan dilantik menjadi Perdana Menteri selagi berada bersama Pakatan Rakyat, memandangkan majoriti orang Melayu masih sukar menerima politik DAP dan PAS pada masa yang sama.
Hanya UMNO saja katanya yang membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri pada ketika kepimpinan Najib mula ditolak rakyat Malaysia.
Mahathir dikatakan bersedia melupakan semua masalahnya dengan Anwar, asal sahaja Anwar bersetuju untuk menggantikan Najib, sementara Paklah memang tidak pernah ada masalah dengan Anwar, malah Paklah adalah individu yang bertanggungjawab mengeluarkan Anwar dari penjara pada 2004.
Disebutkan juga bahawa kenyataan Anwar semalam untuk mengadakan rundingan dengan UMNO dalam pelbagai isu berkaitan perpaduan negara, hanyalah alasan pemimpin utama Pakatan Rakyat tersebut untuk memasuki UMNO.
Ini bukan pertama kali Anwar memohon untuk mengadakan rundingan dengan UMNO atas pelbagai isu, sudah beberapa kali puntapi tidak pernah mendapat perhatian dari parti utama orang Melayu tersebut.
Justeru, aku meminta pejabat Ketua Pembangkang agar menjelaskan kebenaran di sebalik dakwaan ini dengan segara bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat berterusan.
Usaha kem Mahathir dan Paklah untuk menggulingkan Najib bukan cerita baru, tapi kita tidak sangka Anwar pula yang jadi pilihan mereka berdua untuk menggantikan Najib di Putrajaya.
Sebaiknya perkara ini dijelaskan dengan segara, rakyat mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi di atas.  Sekiranya isu ini ada kebenaran, maka mungkin akan ada perubahan besar pada lanskap politik Malaysia.- negarapakatanrakyat.blogspot.com
 http://www.kualalumpurpost.net/anwar-ibrahim-bakal-masuk-umno-0/
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger