Apa yang di rasai sekarang oleh rakyat dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan dengan tiba-tiba barang keperluan makanan dan perkhidmatan naik harga. Rakyat pun berparlimen di jalan raya membuat bantahan dan mendesak kerajaan membuat sesuatu yang boleh menurunkan harga. Tindakan rakyat itu kemudian bertukar rakyat pula di tuduh cuba menggulingkan kerajaan.
Bila di kenangkan apa yang kerajaan lakukan kepada rakyat, teringat akan filem melayu arahan P. Ramlee pertengahan tahun 50an yang di cerita di beri tajuk "Anak-ku Sazali". Agaknya rakyat yang berparlimen di jalan raya akan berkata 'Kerajaan yang bersalah yang memanjakan rakyat membuta tuli'.
Sekian lama, rakyat di berikan dengan berbagai subsidi, untuk kepentingan politik dan kuasa. Rakyat di manjakan dengan berbagai bantuan, sehingga rakyat merasa segala bantuan menjadi haknya dan mesti ada setiap masa. Dan akhirnya kini rakyat menjadi sazali anak yang derhaka kepada bapanya.
Sebenarnya isu yang berlaku pada hari ini, bukan tidak berlaku di negara lain. Kerajaan tidak menyedari bahawa dalam era di abad 21 ini, perbelanjaan menguruskan negara dengan gaji dan elaun sudah menjadi terlalu mahal. Begitu juga pembiayaan subsidi berbagai keperluan kehidupan rakyat, semakin naik dan banyak menggunakan perbelanjaan dan wang.
Atas kepentingan mahu terus berkuasa, Kerajaan memberi bantuan kepada rakyat sehingga tidak memikirkan bantuan itu akan menjadikan rakyat bertambah leka dan tidak berusaha dan akhirnya menjadi anak manja yang tidak tahu berdikari.
Kini dengan tekanan hidup dan pendapatan gaji dari berkerja atau keuntongan dari berniaga menjadi tekanan kepada rakyat sehingga membuat mereka menderita dan sebagai mana anak yang dimanjakan pada umumnya, mereka selalu cenderung menyalahkan ibu bapanya, dan disini ibu bapa itu maksudnya ialah menyalahkan kerajaan.
Sebenarnya masalah yang berlaku kerana kerajaan punya beban hutang yang tinggi, bagaimana juga berlaku dalam rumah tangga yang menanggung hutang, begitulah kerajaan. Akhirnya kerana hidup dengan berhutang luar dari kemampuan, akan berakibatkan bukan sahaja keluarga kucar kacir, satu kerajaan pun akan bermasalah dan boleh menyebabkan huru hara.
Keadaan sekarang terus bertambah parah, bila rendahnya kepercayaan rakyat pada kepimpinan yang berkuasa. Maka bila rakyat memulakan pengunjingan sedikit kepada pemimpin yang berkuasa akan dapat menyebabkan rakyat berparlimen di jalan raya. Dan terus bertambah parah bila kesempatan itu digunakan oleh Parti Pembangkang untuk bersama mengambil peluang membakar perasaan rakyat dengan tindakan kerajaan yang kurang popular.
Apakah punca segala ini? Kerana kita punya sebuah kerajaan yang terbalik cara bertindaknya. Para pemimpin dunia yang waras fikirannya akan menggunakan masa di zaman keadaan krisis yang melanda rakyat dengan keperitan hidup akan mensubsidikan rakyatnya dan merancang meningkatkan pengeluaran negara termasuk mengadakan projek-projek yang mampu menyerapkan banyak tenaga kerja. Tetapi di Malaysia..kerajaannya mengurangkan subsidi dan juga mengecilkan projek yang sudah di rancang.
Mungkin Malaysia tidak boleh melakukan kerana kerajaan tidak mempunyai kewangan yang kuat. Maka perlulah ditanyakan, bukankah selalu dikatakan ekonomi dan kewangan kita kokoh dan kuat? Kenapa tidak boleh melakukan. Dan memang tidak boleh melakukannya.. Itu sebab Kerajaan perlu merubah dasar ekonominya sekian lama diguna pakai saperti mana kata orang cerdik pandai. sesat dihujung jalanm baliklah ke pangkal jalan.
Atau langkah yang terbaik gunakan pendekatan yang selalu digunakan kepada mereka yang berterusan sakit jika tulang yang patah sudah di rawat, mungkin kerana ada yang tersambung secara salah, cara mengubatnya adalah mematahkan kembali tulang itu dan menyambung nya secara betul melalui doctor-doctir yang pakar.
Oleh itu, perlu di perbetulkan dasar-dasar ekonomi kita terutama sikap Kerajaan yang selalu berpihak kepada kapitalis sehingga menyebabkan jurang kehidupan rakyat ternganga luas. Akhirnya yang ada ialah masyrakat klas yang kaya dan dengan masyarakat klas yang miskin tanpa ada klas menengah.
Cara terbaiknya Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia mestilah meminda beberapa peraturan kesatuan sekerja untuk memberi lebih suara kepada kaum pekerja atas kebajikan mereka ditempat kerja bagi membolehkan pekerja-perkerja mendapat gaji yang setimpal dengan tenaganya yang berakhir akan menjana ekonomi negara. Selagi Kerajaan tidak memberikan perhatian kepada Kesatuan Sekerja. ekonomi negara dalam sektor pengeluaran dan perkhidmatan akan terus menurun dan akan terjadi gangguan ekonomi.
Kerajaan mesti mencari kelemahan dan musuh yang sebenar menyebabkan ekonomi Malaysia merosot dengan pendapatan negara dari segala cukai dan hasil tidak mencukupi mentadbirkan kerajaan. Kerana musuh itu bukan berada di luar, sebaliknya di dalam tubuh kerajaan itu sendiri. carilah.
Dasar pengswastaan kita adalah ditiru dari British bila mereka menghadapi ekonomi yang lemah bagi mengurangkan beban kewangan Kerajaan tetapi hari ini dasar pengswastaan Kerajaan Barisan Nasional telah membebankan rakyat. Sepatutnya yang berlaku ialah pengswastaan akan membantu rakyat dan Kerajaan dapat hasilnya. Yang berlaku hari ini Kerajaan bergnatung kepada syarikat-syarikat pengswastaan saperti alat sokongan hayat. Maka rakyat menjadi bingung, maka bertanya rakyat. Adakah Kerajaan membuat perniagaan dengan rakyatnya?
Kesimpulannya apa yang berlaku hari ini.. bukan salah Rakyat, samada saperti yang berlaku kepada Anak-ku Sazali.. yang mula-mulanya sibapa selalu menyebut.. anak-ku Sazali dan akhirnya menjadi penderhaka kerana dia dipelihara dengan dimanjakan. Bapa Sazali memanjakan Sazali kerana terlalu sayang akan anaknya.. Kerajaan BN memanjakan rakyat mahu kan sokongan.. Itu sahaja perbezaan.
Sang Kelambai: Teringat dialog Sazali: Sazali ada banyak pengikut dan mereka sanggup mati kerana Sazali. Siapa Sazali hari ini?

1 ulasan:
tapi keadaan yg wujud sekarang adalah amat jelas hasil dari tindakan salah-laku kera-jaan. negara kita kaya tapi mana hasil kekayaan itu... contoh Singapura setitik minyak pun tak da, sebatang pokok kepala sawit pun tak da... dan hasil bumi yg amat minimum malah boleh dikatakan tiada tetapi dgn kerajaan yg bersih dan terkawal rakyat menikmati keselesaan hidup dgn pendapatan yg baik. matawang pun tinggi berbanding negara kita yg amat kaya dan segala hasil. ini bukan tentang subsidi tetapi salah tadbir kekayaan negara yg dikaut oleh segelintir pengampu2 kera-jaan. Ini soal kebajikan rakyat yg hidup dlm sebuah negara yg kaya. dgn nilai matawang yg tinggi rakyat Singapura ada pilihan utk bebas berbelanja di Malaysia yg sudah pasti akan menambah nilai kpd kuasa membeli mereka... betapa bijaknya pemerintah Singapura. Dan ini sedikit sebanyak akan menambah hasil tukaran asing di malaysia seperti datangnya pelancong ke sini... tetapi disebabkan oleh pemerintah yg kotor dan boddoh , maka rakyat telah dijadikan korban utk menanggung segala akibat salah tadbir mereka. Dari hari kehari keadaan menjadi bertambah buruk dan rakyat ters dizalimi...
Catat Ulasan