Saya seperti Ratu England, tidak akan campur tangan, kata Taib
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud memberi jaminan tidak akan campur tangan dalam pentadbiran pengantinya, Tan Sri Adenan Satem, tetapi bertindak seperti Ratu Elizabeth dalam memerintah England.
Dalam wawancara media yang mungkin terakhir oleh Taib, beliau berjanji hanya akan memberikan pandangan jika diminta selepas melepaskan jawatan itu hujung bulan ini.
"Jika mereka tidak (minta), saya tidak akan beri," katanya.
Di tengah-tengah spekulasi bahawa beliau akan "memerintah dari Astana", Taib berkata, peranannya sebagai Yang Dipertua Negeri hanya akan sama seperti Queen of England yang menjadi model pentadbiran Sarawak selama ini.
"Tidak semestinya mereka mematuhi pandangan saya," katanya. – 21 Februari, 2014.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-seperti-queen-of-england-tidak-akan-campur-tangan-kata-taib

Tiada ulasan:
Catat Ulasan