Tony Fernandes terkejut MAS rugi RM1.17 bilion
Putrajaya perlu mengkaji semula polisinya terhadap industri penerbangan selepas kerugian RM1.17 bilion yang ditanggung oleh syarikat penerbangan kerajaan MAS, kata pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes (gambar).
Fernandes berkata, beliau terkejut dengan jumlah kerugian yang ditanggung oleh MAS itu.
"Keseluruhan industri penerbangan perlu dikaji semula," katanya kepada The Malaysian Insider melalui telefon hari ini.
Katanya, polisi industri dan pengurusan penerbangan perlu diperkemaskan manakala MAS dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu membuat keuntungan bagi mengelakkan kerugian berterusan dan membebankan pembayar cukai.
"Fakta saya adalah jika anda menguruskan syarikat sendiri, adakah anda sanggup memotong 16% kos dan masih rugi RM1 bilion.
"Adakah kerana ia adalah wang pembayar cukai maka ia sanggup dilakukan. Ini tidak menyelesaikan masalah," katanya.
Semalam, MAS mengumumkan kerugian suku ke-4 berturut-turut untuk 2013 sehingga menyebabkan ia rugi RM1.17 bilion sepanjang tahun tersebut.-tmi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan