RAMPASAN KUASA PERAK: SPRM DIMINTA SIASAT!
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyarankan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan berikutan dakwaan ‘pentunjuk baru’ pengakuan laman sosial Facebook milik Elfi Syahuri yang menimbulkan banyak persoalan baru. Ianya berkaitan ‘rampasan kuasa’ pada awal Februari 2009 di Negeri Perak setelah pentadbiran Kerajaan Negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat (PR) tumbang setelah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PR telah ‘melompat parti’ ketika itu.
Yang menariknya juga, ianya mengaitkan dengan bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak di bawah Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Hamidah Osman. Ditambah menariknya juga, setelah Datuk Hamidah meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir di dalam laman sosialnya baru-baru ini. Kami tegaskan tidak mahu mencampuri urusan dan masalah dalaman di dalam Umno dan BN Negeri Perak, tetapi pendedahan beberapa komen dan juga yang terbaru dakwaan berbentuk pengakuan tersebut perlu disiasat oleh SPRM.
Kami juga tegaskan, beberapa pandangan dan kenyataan sebelum ini bukannya datang bersumberkan daripada kepimpinan utama di dalam Umno atau BN termasuk Datuk Seri Zambry. Ianya cuba mengaitkan seolah-olah pertembungan diantara Datuk Seri Zambry dengan Datuk Hamidah yang membekalkan maklumat-maklumat bagi tujuan menjatuhkan diantara mereka. Kami berharap SPRM perlu meneliti dan memanggil beberapa penama yang disebut yang terlibat atas kejadian ‘rampasan kuasa’ tersebut. Pengakuan tersebut bagi kami jelas terdapat perancangan sama ada di pihak Datuk Seri Zambry atau Datuk Hamidah jika keduanya tidak menafikannya!
DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan