Arau:
Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, mendakwa
dicabul oleh pensyarahnya yang juga penceramah dan pakar motivasi
terkenal.
Sumber
memberitahu, mangsa yang berusia 20 tahun, mendakwa diperlakukan
sedemikian oleh pensyarah berusia 40-an itu ketika berada dalam bilik
suspek di IPT berkenaan, jam 2.30 petang Jumaat lalu.
Mangsa pergi ke bilik pensyarah berkenaan selepas diminta oleh suspek, kononnya bagi melakukan uji kaji.
Sebaik memasuki bilik itu, suspek didakwa duduk di sebelah penuntut berkenaan di atas lantai, sebelum meraba kaki mangsa.
Lapor pengurusan IPT
“Selepas
itu, tangan suspek dikatakan mula beralih ke dada mangsa beberapa kali.
Mangsa yang terkejut, cuba menghalang, namun takut dan terpaksa
merelakan perbuatan itu,” kata sumber berkenaan.
Mangsa
melaporkan kejadian itu kepada pihak pengurusan tertinggi IPT sebelum
membuat laporan di Balai Polis Arau di sini, Isnin lalu.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain,
mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan siasatan sedang
dijalankan.
Katanya, polis sudah mengambil keterangan mangsa dan sedang mengesan suspek yang kali terakhir berada di bandar ini.
“Kita
sudah menghubungi pensyarah itu dan masih menunggunya tampil bagi
membantu siasatan serta diambil keterangan mengikut Seksyen 354 Kanun
Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan