Home » » ADUN Keluar Parti, Kerajaan Sarawak Tumbang Minggu Depan

ADUN Keluar Parti, Kerajaan Sarawak Tumbang Minggu Depan

Written By canang on Sabtu, 17 Mei 2014 | 5/17/2014 06:30:00 PTG

S
elepas Pakatan Rakyat gagal dalam usaha untuk merampas Terengganu dari BN berikutan krisis politik yang tercetus lanjutan dari pemecatan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, satu lagi peluang keemasan datang, kali ini dari Sarawak.
Ini setelah 7 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak dari BN, mengumumkan keluar parti masing-masing (SUPP dan SPDP) untuk menyertai parti baru TERAS.
Dijangka selepas ini, beberapa ahli Parlimen dan ADUN dari negeri tersebut akan turut menyertai TERAS sebagai jalan keluar kepada krisis yang melanda kedua-dua parti dari Sarawak tersebut.

Pakatan Rakyat telah menghantar wakil untuk menemui 'Presiden' TERAS yang baru dilantik, Tan Sri William Mawan Masing bagi menawarkan kerjasama untuk membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat yang baru dibentuk di Sarawak.
Memang diakui jalan itu agak sedikit sukar kerana setakat ini tidak ada petunjuk yang menyatakan bahawa TERAS atau Masing sendiri akan berpaling tadah dari BN, tapi yang penting usaha perlu dijalankan dulu, apa nak jadi, itu cerita lain.
Jika usaha ini berjaya dan TERAS bersetuju untuk berpaling tadah daripada BN, maka kita akan melihat satu perubahan yang besar dalam geopolitik negeri Sarawak dan Malaysia ini sendiri kerana BN mempunyai kerusi parlimen yang agak besar di Sarawak.
Yang penting, tawan DUN Sarawak dulu, baru fikir parlimen.
Ini adalah tuah yang tidak selalu datang kerana Sarawak jauh lebih menguntungkan dari Terengganu setelah baru-baru ini DUN Sarawak meluluskan usul meminta kerajaan persekutuan menaikkan royalti minyak negeri tersebut dari 5% kepada 20%.
20% daripada beberapa beratus billion yang Petronas kutip di Sarawak adalah satu jumlah yang besar dan Pakatan Rakyat sanggup berbuat apa saja agar krisis politik terbaru yang berlaku ini dapa dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk persediaan menghadapi PRU14 yang akan datang.
Nantikan perkembangan selanjutnya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger