Kanak-kanak kecil berusia 18-bulan itu dikenal pasti sebagai Siti Soffea Emelda Abdullah
KUALA LUMPUR: Adakah pembalasan dendam menjadi motif pembunuhan Siti Soffea Emelda Abdullah, kanak-kanak 18 bulan yang ditemui dengan kepala terputus di tebing Sungai Klang pada Khamis malam?Menurut laporan The Malay Mail, bapa kepada kanak-kanak itu pernah dipenjara bersama suspek yang diburu polis.Memetik kenyataan satu sumber polis. dilaporkan perkara itu didedahkan ketika siasatan pihak polis keatas ibu Siti Soffea, Siti Salmy Suib, 32 tahun.Beliau berkata, suspek pernah dipenjarakan di penjara Kajang dan dibebaskan beberapa bulan yang lalu.Sumber tersebut turut berkata suspek adalah seorang lelaki etnik India, berusia lewat 30-an dan berasal dari Kuala Lumpur."Ini berdasarkan rakaman CCTV yang kita perolehi daripada kompleks membeli-belah berdekatan dengan kawasan itu dan juga berdasarkan maklumat yang diberikan oleh penjara."Kami melakukan pemeriksaan senarai banduan yang telah dibebaskan dari penjara dalam tempoh beberapa bulan dan juga maklumat yang diperolehi daripada rakaman CCTV.
Suspek kemudian dikenalpasti sebagai lelaki India tempatan berumur lewat 30-an," katanya.Ibu mangsa adalah Siti Salmy Suib seorang warga tempatan, dan tidak mempuyai tempat tinggal dan pekerjaan.Apabila ditanya tentang hubungan suspek dan ibu bapa kanak-kanak kecil itu, sumber itu berkata ia masih dalam siasatan polis."Kami perlu meneruskan operasi mencari untuk suspek pada hari Sabtu. Kemungkinan suspek lemas di Sungai Klang, seperti yang dilaporkan oleh media hari ini, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh saksi-saksi."Menurut laporanThe Malaysian Insider, seorang pengawal di Kompleks Kota Raya melihat Siti Soffea tetapi tidak melakukan apa-apa untuk mengejar suspek.Kejadian berlaku di tingkat empat kompleks berkenaan dimana Siti Soffea kelihatan cuba menyorok di belakang tembok tetapi suspek memegang Siti Soffea dan terus beredar.Laporan yang sama turut berkata bahawa Siti Salmy mempunyai tiga anak tetapi dua lagi anak beliau tinggal bersama ahli keluarganya. Siti Salmy dan Siti Soffea berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur dan bergantung kepada bantuan orang ramai.The Malaysian Insiderturut melaporkan bahawa suspek adalah seorang penagih dadah yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta.
Sementara itu, akhbarThe Malay Mailmelaporkan bahawa Siti Salmy juga seorang penagih dadah.
Pada hari Khamis, polis telah menerima maklumat daripada orang awam yang ternampak seorang lelaki sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak-kanak di tebing Sungai Klang berhampiran dengan Stesen Kereta Api Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menemui mayat seorang kanak-kanak lengkap berpakaian berusia dalam lingkungan dua tahun dalam keadaan tertiarap.Terdapat pecahan seramik bersama-sama kesan darah dan sepasang selipar ditemui di tempat kejadian.Menurut keterangan ibu mangsa, semasa dia dan anaknya melepak bersama-sama dengan kawan-kawannya di Kompleks Kota Raya sekitar jam 3 petang, dia telah pergi ke tandas.Dia kemudian meminta kawannya yang bersama-sama melepak dengannya itu untuk mengawasi anaknya dan setelah lima minit berlalu, ibu mangsa kembali semula keluar tandas dan mendapati anaknya itu sudah tiada.Ibu mangsa dan rakannya kemudian bergegas mencari anaknya itu di sekitar bangunan Kota Raya namun gagal.Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mangsa telah dikebumikan pada petang Jumaat.Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/apakah-motif-pembunuhan-siti-soffea-36873?cp

Tiada ulasan:
Catat Ulasan