PRK Teluk Intan tidak akan memberi apa-apa kesan besar kepada Umno dan Barisan Nasional. Sama ad...a ia kalah atau menang, ia bukan persoalan besar buat koalisi pentadbir negara.
Namun reaksi Umno BN dalam kempen ini agak luar biasa. Mereka seolah-olah tergamam dengan pencalonan DAP yang meletakkan seorang wanita muda yang mahu memperjuangkan nasib rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Jika mengikut logik politik, calon DAP yang baru berkecimpung dalam politik itu Dyana Sofya tentunya tak mampu menyaingi kehebatan calon BN yang diwakili Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.
Namun cara serangan dan taktik kotor Umno BN menggambarkan mereka sedang berdepan dengan kemelut politik yang besar.
Mereka menghantar mat rempit untuk mengganggu lawatan Dyana ke pasar malam. Mereka menghantar jagoan kampung untuk menghalau rombongan kempen Dyana dari desa mereka.
Pimpinan Umno pusat mengutuk Dyana dan memperlekehkan kemampuannya kerana dia seorang wanita Melayu beragama Islam yang berani menjadi ahli parti pelbagai kaum DAP.
Di alam maya, walaupun sambutan positif terhadap Dyana amat memberangsangkan, masih ada bajingan siber yang mencipta Facebook palsu untuk memfitnah dan memburukkan calon DAP tersebut.
Bagi pimpinan Umno khususnya, Dyana hanyalah budak baru belajar yang bertanding melawan tokoh besar BN. Jika begitu, mengapa begitu dahsyat sekali serangan terhadap anak jati Perak itu?
Apalah agaknya yang amat ditakuti oleh Umno? -Harakahdaily
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan