Home » » Polis dedah gambar suspek pukul wartawan

Polis dedah gambar suspek pukul wartawan

Written By canang on Khamis, 15 Mei 2014 | 5/15/2014 08:36:00 PTG

Polis hari ini mendedahkan gambar sebelas individu yang disyaki memukul wartawan semasa perhimpunan anti-GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) di Kuala Lumpur 1 Mei lalu.

Pasukan itu menyiarkan gambar berkenaan di Facebook sejak petang ini bagi membolehkan orang ramai mengecam suspek terbabit untuk membantu siasatannya.

"Pihak polis mengambil kesempatan untuk menyeru mereka yang terbabit atau mana-mana orang yang mengenali mereka yang terdapat di dalam gambar untuk memberikan maklumat bagi membantu pihak polis menyelesaikan penyiasatan kes ini," kenyataan itu dipetik.

Menurut polis, mereka bertindak selepas menerima aduan dari seorang wartawan akhbar bisnes Focus Malaysia pada malam hari kejadian.

Pengadu mendakwa dalam kejadian jam 5 petang ini, kira-kira 20 hingga 30 pemuda berpakaian hitam melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah kepada petugas media di Dataran Merdeka.

Kumpulan yang sama kemudian menyerang dengan menendang dan menumbuk pengadu dan dua lagi petugas media dari akhbar Oriental Daily dan The Malaysian Reserve.

"Akibat serangan ini pengadu telah mengalami ketakutan dan kesakitan serta takut menjalankan tugas, bagi membuat laporan yang sebenar mengenai perhimpunan oleh kumpulan ini.

Menurut polis, kesalahan tersebut dikategorikan sebagai "merusuh" dan jika disabitkan boleh dihukum penjara selama dua tahun atau didenda, atau dipenjara selama dua tahun dan didenda.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi ASP Ananthan Rajoo dari Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26977099.malaysiakini
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger