BANGKOK 22 MEI: Ketua Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan
mengumumkan pihak Tentera kini mengambil alih sepenuhnya semua premis
kerajaan dalam satu rampasan kuasa.
Sebelum
ini, Tentera Thailand mengumumkan Undang-Undang Tentera dilaksanakan di
negara itu ekoran pergolakan politik tanpa kesudahan yang berlarutan
selama enam bulan.
Ketua Tentera Thailand itu beri jaminan rampasan kuasa tidak menjejaskan hubungan antarabangsa dalam satu pengumuman media ke seluruh negara itu.
“Dalam usaha untuk mengembalikan keamanan Jawatankuasa Keamanan Nasional terdiri daripada tentera, Angkatan Tentera Thai, Tentera Udara Diraja dan polis perlu merampas kuasa pada 22 Mei pada jam 4.30 petang,” katanya.
Tindakan rampasan kuasa ini adalah yang ke-12 dalam sejarah Thailand sejak 1932.
Rakyat
Malaysia dinasihat supaya menangguhkan lawatan dan tidak perlu ke
Thailand susulan penguatkuasaan undang-undang tentera oleh Tentera
Diraja Thailand.
Terdapat 596 rakyat Malaysia tinggal di Thailand yang sudah berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsulat boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di talian +662 629 6800 (pada waktu bekerja) atau +687028 4659 (selepas waktu bekerja).
Ketua Tentera Thailand itu beri jaminan rampasan kuasa tidak menjejaskan hubungan antarabangsa dalam satu pengumuman media ke seluruh negara itu.
“Dalam usaha untuk mengembalikan keamanan Jawatankuasa Keamanan Nasional terdiri daripada tentera, Angkatan Tentera Thai, Tentera Udara Diraja dan polis perlu merampas kuasa pada 22 Mei pada jam 4.30 petang,” katanya.
Tindakan rampasan kuasa ini adalah yang ke-12 dalam sejarah Thailand sejak 1932.
Terdapat 596 rakyat Malaysia tinggal di Thailand yang sudah berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsulat boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di talian +662 629 6800 (pada waktu bekerja) atau +687028 4659 (selepas waktu bekerja).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan