Home » » Woi Melayu!..Hidup Melayu!..Hidup Melayu!

Woi Melayu!..Hidup Melayu!..Hidup Melayu!

Written By canang on Sabtu, 31 Mei 2014 | 5/31/2014 08:08:00 PG

woi melayu!
 rumahmu semua dibina indonesia,
 ekonomi pula dikuasai cina, 
golongan profesional semuanya india,
 warung makan pun,
 mamak dan siam yang berkuasa,
 warga bangla pula menjadi JaGa,
 orang Nepal yang menabur baja, 
orang pakistan usung karpet jaja merata,
harapkan hiburan, 
lagi best filem harapkan bahasa,
 banyak telah bertukar kesat,
 harapkan tulisan,
 jawi pun mereka hambat,
 harapkan tanah,
 banyak digadai kepada korporat!

woi melayu!
  masih mendabik menjadi tuan?
 sibuk mahu menjadi tuan,
 rupanya kerja kelas bawahan, 
ditipu mentah menteri atasan,
 konon perjuangan ini untuk kalian!

 kerja sikit,sembang kencang,
 banyak rungut,sakit dirancang
 siapa tegur,dituduh lancang
 duduk warung, gigit kacang!

woi melayu!
 konon kau pantang dicabar,
 konon kau tangkas menyambar, 
tapi cuma indah khabar,
 rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
 aku mahu engkau tahu,
 kenapa melayu tak macam dulu.....
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger