7 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dakwa di 'ragging' oleh 10
orang pelajar senior sehingga menjatuhkan maruah mereka dengan melakukan
perkara yang tidak senonoh di hostel universiti.
Kejadian berlaku pada jam 4 pagi pada khamis lepas. 7 pelajar malang itu
dipaksa berbogel dan hanya memakai seluar dalam sementara pelajar
senior terbabit merakam gambar mereka menggunakan telefon bimbit.
Mereka juga dipaksa menyentuh alat sulit masing-masing dan puting sambil
menari mengikut rentak muzik. Lebih teruk lagi, pelajar terbabit
dipaksa merokok dan jika ingkar, pelajar senior akan diapa-apakan. Tidak
tahan dengan tindakan keji pelajar senior itu, 7 pelajar berkenaan
membuat laporan polis di Balai Polis Serdang pada keesokan harinya.
Ekoran dari kejadian memalukan itu, 7 pelajar malang itu berada dalam
keadaan trauma dan enggan hadir ke kelas kerana bimbang akan
diapa-apakan oleh 10 pelajar senior terbabit selagi tiada tindakan tegas
dari pihak UPM bagi membendung kejadian itu. - www.utaranews.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan