Home » » Abang kandung jual adik perempuan 16 tahun

Abang kandung jual adik perempuan 16 tahun

Written By canang on Jumaat, 27 Jun 2014 | 6/27/2014 11:58:00 PG

Seorang remaja 16 tahun terpaksa menempuh detik hitam apabila dijual kepada seorang lelaki di China oleh abang kandungnya sendiri.

Lebih malang, gadis itu dipaksa untuk mengahwini lelaki tersebut dan tinggal di China selama sebulan sebelum dia berjaya melepaskan diri dan pulang ke pangkuan keluarga di Vietnam.

Kiab, (bukan nama sebenar) ketika menceritakan semula detik pahit yang dialami, menggambarkan perasaan kecewa terhadap abang kandungnya yang sanggup menjual adiknya sendiri kepada sebuah keluarga di China.

“Dia telah menjual adiknya sendiri ke China, dia bukan lagi seorang manusia di mata saya,” katanya kepada pemberita.

Sebaik sahaja Kiab menginjak ke 16 tahun, abangnya berjanji untuk membawanya ke sebuah majlis keraian di sebuah pusat pelancongan di utara Vietnam.

Namun abangnya tidak membawanya ke tempat yang dijanjikan sebaliknya, dia diserahkan sebagai seorang pengantin kepada keluarga lelaki tersebut.

Selepas melarikan diri, suaminya dan meminta bantuan polis tempatan untuk kembali ke negara asal.

Sumber: Sinar Harian
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger