Home » » Ada pengundi BN peduli? Penyelidik: GST dilaksanakan inflasi terburuk sejak 2008, harga minyak dijangka naik lagi

Ada pengundi BN peduli? Penyelidik: GST dilaksanakan inflasi terburuk sejak 2008, harga minyak dijangka naik lagi

Written By canang on Rabu, 4 Jun 2014 | 6/04/2014 09:47:00 PTG


KUALA LUMPUR,: Inflasi dijangka meningkat antara 3.5 peratus dan 4.0 peratus pada 2015, yang tertinggi sejak 2008, apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan dengan kadar 6.0 peratus dilaksanakan pada 1 April 2015.
Firma penyelidik, RHB Research dalam notanya hari ini, berkata inflasi dijangka kekal tinggi untuk tempoh beberapa bulan akan datang berikutan perubahan dalam harga pentadbiran oleh kerajaan, dengan kadar purata antara 3.0 peratus dan 3.4 peratus pada 2014.
Katanya komitmen kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan fiskal melalui rasionalisasi subsidi telah meningkatkan kadar inflasi melepasi paras 3.0 peratus sejak Disember 2013.
Kami membayangkan sekurang-kurangnya satu lagi pusingan kenaikan harga minyak pada separuh kedua tahun 2014 berikutan kerajaan telah mencadangkan untuk mengurangkan jumlah subsidi sebanyak RM7.3 bilion dalam Bajet 2014,” katanya dipetik Bernama.
Kerajaan menaikkan harga minyak pada September 2013 dan tarif elektrik pada 1 Jan 2014.
Kos perniagaan lebih tinggi susulan pelaksanaan sepenuhnya dasar gaji minimum dan purata peningkatan 20 peratus harga gas asli bagi sektor industri bukan tenaga dijangka akan menyebabkan harga pengguna lebih tinggi dari semasa ke semasa, kata RHB Research.
Katanya kenaikan terbaharu bagi bayaran yang dikenakan doktor hanya akan memburukkan lagi keadaan, selain beberapa kenaikan harga pada masa akan datang sementara menunggu lampu hijau daripada kerajaan, seperti tambang pengangkutan awam.
EZY
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger