KEHILANGAN & PEMBUNUHAN KANAK-KANAK SEMAKIN SERIUS
Setiap hari ada saja berita kehilangan dan penculikan kanak kanak. Ada yang dilapurkan hilang tetapi sebenarnya menghilangkan diri, lari rumah mengikut teman lelaki dan sebagainya. Ada pula yang dilarikan oleh waris sendiri tetapi dilapurkan sebagai diculik atau hilang. Mungkin juga ada yang dilarikan oleh penarik kereta yang sebenarnya mahukan kereta itu namun ada anak di dalamnya terikut sekali.
NAMUN... Masih ramai juga yang tidak ada berita sama sekali dan berita tentang penemuan mayat kanak kanak yang dibunuh dengan kejam serta berbagai rupa gambar gambar yang tersebar amat membimbangkan sekali.
Kami bincangkan hal ini dengan lebih serius dengan mengambil kira segala sudut. Antaranya ialah tentang kesahihan berita, termasuk kenyataan pihak PDRM yang menafikan beberapa berita yang tersebar, juga tentang gambar-gambar yang dikirim pembaca kepada kami melalui media sosial serta pengesahan suatu berita yang pernah dinafikan awalnya setelah menemui mayat mangsa. Perbincangan seterusnya ialah merujuk kepada langkah menyedarkan warga prihatin dan masyarakat bagi menghadapi segala kemungkinan.
SINDIKET PENJUALAN ORGAN MANUSIA
Ini adalah satu tanda tanya yang amat membimbangkan. Ada banyak gambar dan berita yang tidak disahkan. Meneliti sesetengah gambar membuatkan kami mengambil keputusan bahawa ada kemungkinan gejala dan sindiket seperti ini memang benar benar berlaku. Ia bukan gambar yang diedit. MasyaAllah, inilah bala baru.
Kita tidak tahu di mana pasaran organ ini dijual. Adakah untuk tujuan rawatan atau untuk dimakan? Jika untuk tujuan kesihatan sekalipun, ia jelas ada suatu yang tidak kena pada pengamal perubatan yang kiranya ia benar, kerana sanggup menerima organ yang tidak disahkan sumbernya. Lebih malang lagi jika apa yang kita lihat dalam gambar hiasan, bahawa anggota badan dijual sebagai bahan makanan itu benar benar wujud. Harimau pun tidak akan makan haiwan sejenis dengannya, inikan pula kita manusia.
Dalam kedua dua keadaan itu jelas kita sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang amat parah sekali. Melihat pada mayat kanak kanak lelaki di besin hijau itu jelas menunjukkan ia berkulit sawo matang dan menggambarkan kejadian itu berlaku di Nusantara ini. Oleh itu jelas sekali kita perlu lebih berhati hati.
KAITAN ANAK HILANG & GEJALA ‘HEDONISME’
Akibat dari kelalaian ibu bapa dan pihak pihak bertanggungjawab dalam mengawal minda dan pergaulan anak anak sudah tidak boleh disangkal lagi. Kemewahan hidup telah menyebabkan anak-anak dibekalkan dengan segala macam gajet dan hiburan yang meracuni fikiran. Budaya hedonisme telah menular, iaitu anak-anak membesar dengan HANYA mengejar keseronokan dan kenikmatan hidup secara negetif. Ini telah menyebabkan ibu bapa kesukaran mengawalnya.
Keinginan anak-anak seawal usia 10 tahun ke arah seks melalui pengaruh media dan rakan sebaya telah membuatkan anak jadi liar. Apabila aktiviti seks sudah menjadi kemistri dalam hidup, mereka akan lupa ibu bapa, lupa agama dan gagal membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
Antara sebab kami tutup cawangan kami di Sungai Pelek adalah gejala Hedonisme ini. Pelajar sekolah di situ bebas hisap rokok di depan sekolah. Seminggu dua saja anak-anak rijal kami mula berjemaah di masjid, remaja 13-15 tahun yang melepak di pagar masjid sudah berani bertanya sewaktu anak-anak kami berjalan kaki pulang ke rumah dengan soalan.. ada kakak umur 13 tahun tak? Boleh beri pada kami?
Mulanya kami fikir itu kenakalan biasa. Namun seminggu dua selepas itu kami kesan ada remaja yang sudah beri handfone dan simkad kepada anak nisak kami yang berusia 13 tahun dan bertudung labuh. Nasib kami baik kerana jemaah anak-anak dapat mengesan dan melapurkannya lalu kami dapat selamatkan keadaan. Bayangkan jika rakan prihatin tidak main peranan?
GEJALA 'PEDOFILIA' DAN PENDERAAN SEKSUAL KANAK KANAK
Gay, homoseks, Lesbian dan sodomy sudah cukup memeningkan kepala. Kini wujud satu lagi bala kepada umat manusia. Fenomena Pedofilia, atau 'cinta kanak-kanak' ini sudah semakin serius. Kes bilal masjid berusia 57 yang berulangkali meniduri pelajar 14 tahun hingga hamil baru baru ini serta banyaknya kes pembunuhan dan pencabulan terhadap kanak kanak menjadi bukti.
Kes rogol pelajar oleh 38 lelaki pelbagai umur serta kronologi penculikan yang berlaku di slim River semalam telah jelas nyata melibatkan gejala pedofilia ini. Kajian kami menunjukkan gejala ini jauh lebih teruk bahkan melibatkan institusi keluarga itu sendiri.
Statistik PDRM sehingga tahun 2006 menunjukkan 75% penderaan seksual kanak kanak dilakukan oleh keluarga sendiri. Betapa ramainya anak kecil yang telah diperkosa bertahun tahun tidak mendedahkan penindasan itu ke pihak berkuasa atas pelbagai sebab.
Ada kes Pedofilia, pemerkosaan beramai-ramai yang berlaku dalam kalangan keluarga sendiri melibatkan datuk, ayah, sepupu, bapa saudara, ipar duai bermula seawal 5 tahun. Dalam satu kes, pencabulan dilakukan oleh abang sendiri bersama rakannya pada adik ketika berusia 8 tahun dan ia berterusan sehingga adik perempuan itu berusia 20 tahun.
KESAN NEGETIF TERHADAP MANGSA.
Semua gejala ini adalah petanda bahawa masyarakat ini sedang berpenyakit mindanya. Kerana enggan menggunakan manual hidup dari Allah, lalu kita jadi seperti haiwan. Hidup tidak berpegangan, terlalu jauh dari agama dan amat bercelaru sekali. Ia ditambah pula dengan kemiskinan dan kesempitan hidup, pengaruh dadah, arak, keruntuhan rumahtangga, hiburan dan sebagainya.
Atas desakan nafsu, anak kecil jadi mangsa kerana mereka tidak mampu melawan. Yang lebih menyedihkan ialah apabila mereka ini jadi semacam hilang akal. Kesakitan dan trauma yang dialami si mangsa menjadi satu cabaran yang amat menyeronokkan bagi mereka. Lebih sedih lagi mereka sanggup MEMBUNUH dengan KEJAM selepas memuaskan nafsu. Kebanyakan kejadian sebagini yang berlaku dalam keluarga tidak dilapurkan kerana menjaga maruah. Ada ketikanya si ibu sendiri yang menafikannya kerana menjaga hubungan kekeluargaan kononnya.
Oleh itu, banyak sekali kesan-kesan negatif jangka panjang dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami penderaan seksual ini. Antaranya ialah gangguan perasaan :- Perasaan Takut Marah Rasa bersalah Iri hati Malu Konflik kasih sayang Keliru Merasa rendah diri Merasa tidak berguna Bingung terhadap seks Rasa terasing Kurang mempercayai orang Kecenderungan untuk bunuh diri Gangguan personaliti Garang dan bengis Pendendam dan sebagainya.
CARA MENGATASI
Islam adalah agama ilmu yang difahami, diyakini dan dipatuhi keseluruhannya. Oleh itu berilah kefahaman agama secukupnya dan pantau perlaksanaan ilmu itu secara berjemaah.
Kita hanya akan kukuh dan selamat dengan kehidupan secara berjemaah dan bersaudara. Kami telah rasai kenikmatan itu dan ingin pembaca sekalian turut merasa aman dan sejahtera dengan kaedah yang sama. Anak anak kami hidup berjemaah dan setiap diri berkewajiban untuk menjaga kebajikan dan keselamatan yang lain.
Firman Allah: "Berpegang teguhlah kepada tali Allah, janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah kamu akan nikmat yang dikurniakan Allah kepada kamu".(Surah Ali-Imran, ayat 103)
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Wajiblah kamu bersama-sama dengan jemaah dan berwaspadalah kamu terhadap perpecahan".(HR at-Tirmizi)
"Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai".(HR Ahmad)
Umar Al-Khattab pernah berkata: "Sesungguhnya tiada Islam melainkan dengan jemaah, tiada jemaah melainkan dengan kepemimpinan dan tiada kepemimpinan melainkan dengan ketaatan".(HR Ahmad)
Anjurkan program takruf kerana "Tak kenal maka tak cinta". Didiklah anak-anak untuk mengenali dan memahami aturan agama ini agar terjamin keselamatan mereka. Kenali rakan sebaya, jiran tetangga dan guru-guru anak-anak kita. Hari ini pemandu dan klendan bas anak kita pun ada yang kita tidak kenal. Semua maid atau anak itu sendiri yang uruskan.
Gelagat anak nisak kita sekarang tidak macam dahulu dan mereka amat mudah teransang. Hari ini pelajar lelaki duduk elok di kerusi dan pelajar perempuan berasak di tangga. Kelendan bas kenyang bergeselan dan meraba tubuh hingga terbeliak mata teransang sepanjang perjalanan. Kita tidak pernah tahu bahawa begitu banyak kes anak sekolah diperkosa oleh pemandu dan klendan bas sendiri di hujung minggu atau petang hari. Ini juga gejala Fedofilia dan Hedonisme.
Terlalu banyak aktiviti anak-anak kita yang membuka peluang untuk menjadi mangsa. Hanya dengan memberitahu mereka ada aktiviti Ko-Ko atau kelas tambahan, dan segalanya selesai di dalam waktu itu juga. Lebih baik jika kita dan jiran tetangga bergiliran untuk menghantar dan memantau sendiri anak kita dan rakan sekelas mereka. Kenali dan berbuat baiklah dengan para guru, ahli qariah dan ketua setempat dengan kita.
Paling utama... HENTIKAN SELFIE GEDIK dan pergaulan bebas yang menjadi budaya tanpa segan silu. Jangan suka suka berdating atau mengikuti orang yang tidak dikenali. Ramai PATI yang tiada pasangan dan gersang di negara ini. Faham fahamkanlah ancaman seksual dari mereka juga.
PRO & KONTRA PENAFIAN OLEH PIHAK POLIS
Pihak PDRM telah menafikan beberapa kali tentang berita berita panas ini. Apabila ianya terbukti berlaku maka biasanya ramai di antara kita akan menyalahkan pihak polis kerana pernah menafikannya. Hari ini maklumat hanya di hujung jari. Semua maklumat kehilangan mudah tersebar, lengkap dengan gambar mangsa, lapuran polis dan sebagainya. Terkadang lebih cepat dari media rasmi.
Setelah meneliti penafian PDRM, kami dapati ada beberapa fenomena yang berkaitan. Rasional penafian itu ialah untuk mengelakkan fitnah dan suasana panik. Ia mungkin berkisar tentang maklumat kenderaan, bangsa suspek, tempat, negara dan sebagainya. Kerana itu kita perhatikan ada berita kes yang akhirnya di’sejuk’kan sedikit kenyataannya oleh pihak berkuasa.
Gambar-gambar dan lapuran polis yang tersebar ada rasionalnya untuk dipertimbangkan. Pihak polis sendiri mengeluarkan kenyataan menasihati ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak setelah beberapa penculikan memang benar benar berlaku. Oleh itu selaku ibu bapa, kita harus bijak dan mengambil serius. Tidak perlu panik, namun jangan sekali-kali meneruskan sikap lalai.
Kita doakan agar pihak PDRM dapat segera membenteras gejala ini. Kita juga pohon agar pihak polis dapat menyiasat di mana dan apakah cerita sebenar di sebalik gambar-gambar sadis yang terlalu banyak beredar ini secara khusus. Adakah ia berlaku di negara ini atau di negara lain? mudah mudahan ia dapat sedikit melegakan hati kita.sumber

Tiada ulasan:
Catat Ulasan