Rabu, 25 Jun 2014

Penggambaran bogel di Malaysia cetus tanda tanya

SHAH ALAM: Sebuah rancangan berbentuk survival, Naked And Afraid mengejutkan rakyat negara ini apabila menjadikan Malaysia sebagai lokasi penggambaran 'bogel' bagi salah satu episodnya. 
Rancangan tersebut menerusi episod 'The Pain Forest' disiarkan oleh Discovery Channel pada 13 April lalu.
Walaupun ia untuk tayangan Amerika Syarikat sahaja, namun klip promo yang tersebar luas dalam laman Youtube sedikit sebanyak mencemarkan imej negara, kerana jelas menyebut perkataan 'Malaysia'.
Difahamkan, format rancangan itu memaparkan dua peserta iaitu seorang lelaki dan perempuan yang dipertemukan buat pertama kalinya dan dikehendaki menghabiskan 21 hari di dalam hutan bersama dalam keadaan bogel. 
Dikatakan, penggambaran rancangan terbabit dijalankan di hutan Royal Belum, Perak berdasarkan logo sebuah syarikat ternama pada bot yang digunakan oleh peserta itu. 
Walaupun kedua peserta itu bukan warga tempatan, namun timbul persoalan adakah penggambaran seumpama itu dibenarkan di Malaysia.sumber

1 ulasan:

  1. MANA PIGI PEJUEENNGGG2 AGAMA YG DOK GEGAUUU SANA GEGAUU SINI..PEGI BUAT DEMO LAHH...ADA BRANI

    BalasPadam

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.