SHAH ALAM: Sebuah rancangan berbentuk survival, Naked And Afraid
mengejutkan rakyat negara ini apabila menjadikan Malaysia sebagai lokasi
penggambaran 'bogel' bagi salah satu episodnya.
Rancangan tersebut menerusi episod 'The Pain Forest' disiarkan oleh Discovery Channel pada 13 April lalu.
Walaupun ia untuk tayangan Amerika Syarikat sahaja, namun klip promo
yang tersebar luas dalam laman Youtube sedikit sebanyak mencemarkan imej
negara, kerana jelas menyebut perkataan 'Malaysia'.
Difahamkan, format rancangan itu memaparkan dua peserta iaitu seorang
lelaki dan perempuan yang dipertemukan buat pertama kalinya dan
dikehendaki menghabiskan 21 hari di dalam hutan bersama dalam keadaan
bogel.
Dikatakan, penggambaran rancangan terbabit dijalankan di hutan Royal
Belum, Perak berdasarkan logo sebuah syarikat ternama pada bot yang
digunakan oleh peserta itu.
1 ulasan:
MANA PIGI PEJUEENNGGG2 AGAMA YG DOK GEGAUUU SANA GEGAUU SINI..PEGI BUAT DEMO LAHH...ADA BRANI
Catat Ulasan