Home » » Sukma 2014: Permata Baru Menyinar Di Trek

Sukma 2014: Permata Baru Menyinar Di Trek

Written By canang on Ahad, 1 Jun 2014 | 6/01/2014 02:58:00 PTG

Penampilan sulung Siti Nur Afiqah Abdul Razak pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 nyata membawa tuah buat dirinya apabila dia bukan sahaja meraih pingat emas buat skuad olahraga Terengganu tetapi turut memperbaharui rekod kejohanan dalam acara 400 meter di trek balapan, Stadium Tuanku Syed Putra, kelmarin.
30may3_1Haris
Siti Nur Afiqah berjaya mencipta catatan terpantas 54:47 saat sekaligus memadamkan rekod yang dilakukan atlet Perak, Fauziah Abdul Razak (54:89s) di Sukma Negeri Sembilan 2004.
Pelajar Tingkatan Empat SMK Tengku Intan Zaharah itu meninggalkan pencabar terdekatnya dengan perbezaan masa  03:01s di depan atlet Sabah, Fatin Mohd Yusof  (57:58) dengan meriah pingat perak manakala Zaimah Atifah  Zainuddin (58.09s) dari Wilayah Persekutuan untuk pingat gangsa.
Menurutnya,  walaupun dia tidak tersenarai sebagai sasaran penyumbang emas, Siti Nur Afiqah etap berazam untuk menghadiahkan kilauan emas buat kontinjen Terengganu dan akhirnya kerja kerasnya berjaya membuahkan hasil.
“Alhamdulilah saya berjaya menyumbangkan emas pertama buat kontinjen Terengganu dan saya akan berusaha dengan lebih baik lagi dalam dua lagi acara selepas ini.
“Insyallah saya akan berusaha untuk mengekalkan kejuaraan Terengganu dalam acara ‘relay’ 4×100 esok (semalam). dan 4x 400 pada hari terakhir acara olahraga ini nanti,” katanya.
Sementara itu, Raja Pecut Sukma 2012, Harith Ammar Mohd Sobri, 20 menepati ramalan apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara 100 meter dengan mencatatkan masa terpantas 10:61s sekaligus menyumbangkan emas kedua buat Terenggganu.
Pingat perak acara itu menjadi milik atlet Perak, G Aravinthevar (10:82s) manakala pingat perak dimenangi Muhamad Amirul Mukmin Mohd Yusmiza (10:89s) dari Pahang.
Harith Ammar  menyifatkan kejayaan meriah pingat emas itu sebagai  hadiah paling bermakna  buat dirinya dalam penyertaan Sukma  terakhirnya tahun ini.
“Malah ini merupakan catatan masa terbaik saya berbanding 10:84s pada Sukma Pahang dua tahun lalu. Insyallah saya akan cuba menghadiahkan pingat emas kedua buat Terengganu dalam acara 200 meter esok (semalam),” katanya.
Selain dua pingat emas, Terengganu turut meraih satu pingat perak menerusi Mohd Fairol Nazim Mohd Nor dalam acara 400 meter lelaki pada hari kedua sukan olahraga dipertandingkan.
Sementara itu, kehebatan kuartet 4 x 100 meter Terengganu ternyata sukar ditandingi apabila mempamerkan ‘belang’ sebenar dengan  meraih pingat emas bagi kategori lelaki dan wanita dalam aksi akhir di trek balapan, Stadium Tuanku Syed Putra dekat sini, semalam.
Lebih manis kuartet wanita yang dibarisi Azreen Nabila Alias, Siti Nur Afiqah Abdul Razak, Nur Farhana Musa dan Nur Shahira Muliadi yang mencatatkan masa terpantas 46:45 saat bukan sahaja berjaya mempertahankan gelaran juara acara itu di  Sukma Pahang 2012 malah turut memperbaharui rekod kejohanan yang dilakukan kuartet Sabah (47:84) enam tahun lalu di Terengganu.larisukma2
Pingat perak menjadi milik kuartet Pulau Pinang dengan mencatatkan masa 47:46s dan gangsa buat kuartet Perak (47:63s) yang turut melepasi rekod kejohanan dalam acara 4×100 meter itu.
Manakala kuarter lelaki Terengganu yang diketuai Muhd Ajmal Aiman Mat Hassan, Muhammad Ikhwan Safwan Zainuddin, Arif Syahiran Zulkifli dan Harith Ammar Mohd Sobri akhirnya menebus kekecewaan dua tahun lalu dengan meraih pingat emas selepas mencatatkan masa 41:20s.
Tempat kedua kategori itu dimenangi pelumba Sabah dengan catatan masa 41:24s dan ketiga Melaka (41:37s).
Pelumba senior kuartet wanita, Nur Farahana Musa mengakui bangga kerana berjaya mengekalkan pingat emas yang pernah dimenanginya dua tahun lalu di Pahang walaupun digandingan dengan tiga muka baru dalam acara itu.
Menurutnya, dia amat berpuas hati dengan kejayaan itu apatah lagi ia adalah kejohanan terakhir dan mengganggap  Sukma paling bermakna buat dirinya.larisukma
“Saya rasa amat bangga sangat kerana kami bukan sahaja dapat kekalkan pingat emas tetapi turut cipta rekod baru. Syabas  buat rakan-rakan dan harap mereka dapat teruskan kemenangan ini pada Sukma akan datang.
“Sememangnya ini impian saya (cipta rekod) sebelum saya mengundurkan diri daripada Sukma,” katanya.
Sementara itu, pelajar tingkatan enam Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu, Arif Syahiran menganggap kejayaan membantu Terengganu meraih pingat dalam acara itu adalah pencapaian terbaiknya sejak menceburi sukan olahraga lima tahun lalu.
Katanya, apa yang lebih membanggakan dia dapat bergandingan dalam acara itu dengan pelumba idolanya, Harith Ammar yang juga rakan sepasukannya.
“Sebenarnya saya sangat teruja untuk menyertai Sukma kali ini kerana ia adalah penyertaan sulung saya dan Alahamdulilah dapat pingat emas pula.
“Sudah pastinya saya akan jadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dalam sukan olahraga pada masa akan datang,” katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger