Tertuduh, Alias Salleh, 78, dari Taman Perumahan Wakaf Tengah di sini, yang kini mempunyai seorang isteri turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, tertuduh menjelaskan denda berkenaan.
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah melakukan khalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.
Alias didakwa berkhalwat dengan seorang tukang cuci yang juga isteri orang, Zalina Ismail, 31, di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tengah, di sini, jam 5 pagi pada 10 Mei lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan