Gereja
St. John di sini yang ditutup pada 2013 kerana jumlah jemaahnya yang
kurang, kini dibuka semula sebagai sebuah masjid dan pusat kebudayaan
Islam.
Dikenali dengan
nama, Darul Ulum Islamic Center, bangunan asalnya yang berusia 127
tahun itu kini kembali meriah, lebih-lebih lagi dengan kedatangan
Ramadan.
"Oleh kerana
terdapat banyak warga Afika Timur di daerah ini yang rata-ratanya
beragama Islam, jadi kami memberi ruang gereja ini sebagai tempat mereka
beribadat dan mencari ilmu pengetahuan," kata jurucakap gereja itu,
Feisal M. Elmi.
Gereja itu memang mengalami penurunan jemaah, iaitu dari 1,400 kepada hanya 152 keluarga atau 400 jemaah sahaja.
Sebaliknya, perkembangan Islam menyebabkan gereja Katolik di Syracause, New York itu di ubah suai menjadi masjid.
Keputusan untuk
megubah status geraja berkenaan dilaksanakan selepas mendapat kebenaran
Dewan Perlindungan Sejarah Syracause kerana ia didirikan ketika zaman
penjajahan Jerman.
Sukarelawan
North Side Learning Center iaitu sebuah organisasi Islam, Yusuf Soule
berkata, pihaknyanya berniat mengubah gereja yang "sudah tidak terpakai"
sebagai tempat umat Islam beribadat.
Soule juga
sudah meminta izin untuk menurunkan salib di dalam gereja kerana ia
bukan simbol yang tepat untuk melambangkan agama Islam.-sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.