Kenyataan
yang berbeza daripada dua menteri UMNO. KJ menafikan kata-kata Ku Nan
yang mengatakan pengagihan makanan kepada gelandangan boleh mengundang
kepada kekotoran. Ini baru namanya Menteri, yang betul dikatakan betul,
bukannya macam Ku Nan main sergah saja.
Aku
rasa dia sendiri pun belum pernah melihat aktiviti NGO PERTIWI bagi
makanan percuma kepada gelandangan, itu pasallah dia tidak tahu keadaan
sebenar.
TikaqBuloh
setuju 100% atas kenyataan KJ tumpuan sepatutnya diberi untuk membasmi
kemiskinan, bukannya menghapuskan orang miskin daripada pandangan orang
ramai.
Menteri
Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kegiatan memberi makan kepada
golongan miskin tidak menyebabkan kawasan bandar Kuala Lumpur menjadi
kotor.
Khairy
berkata, beliau pernah melihat sendiri operasi satu NGO, PERTIWI yang
sentiasa menjaga kebersihan ketika memberi makanan kepada golongan itu.
Amalan itu juga ditunjukkan oleh Sekretarian Hal Ehwal Bandar Pemuda Umno, katanya dalam tulisan di Facebook, katanya.
"NGO ibu dan ibu saudara saya, PERTIWI, sudah lama mengendalikan soup kitchen. Sama juga dengan SHEB Pemuda Umno dan NGO lain.
"Yang pernah saya sendiri melihat,
sukarelawan PERTIWI sentiasa menjaga kebersihan kawasan di mana mereka
membuat program pemberian makanan," katanya lagi.
Beliau seterusnya berharapan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membasmi golongan miskin itu
dari pandangan umum, tetapi terus membantu usaha NGO tersebut.
"Harap DBKL memberi kerjasama kepada NGO2 seperti ini untuk terus meneruskan kerja amal mereka.
"Tumpuan perlu diberi untuk membasmi kemiskinan. Bukan untuk menghapus orang miskin dari pemandangan orang ramai," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas penjelasan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Tengku Adnan dalam satu laporan Astro
Awani semalam mendakwa, kegiatan memberi makan kepada golongan itu
menyebabkan kawasan sekitar Kuala Lumpur menjadi kotor.
“Ini kawasan tumpuan pelancongan, saya
tidak mahu kawasan ini jadi kotor, banyak tikus, ada surat khabar luar
negara labelkan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Tikus,” katanya lagi.
Dalam kenyataannya di Facebook hari ini,
Tengku Adnan berkata masalah golongan gelandangan tersebut "menyumbang
terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi tumpuan
pelancong."
"Mereka tidur di tempat yang tidak sesuai
di sekitar bandar raya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak
bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit," katanya. Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.