Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
hari ini mengucapkan tahniah kepada Hamas kerana menolak gencatan
senjata dengan Israel.
"Saya ucap tahniah atas keberanian pejuang Hamas ini yang tidak pernah menyerah kalah dan tidak menerima genjatan senjata yang ditawarkan.
"Ini sikap pejuang yang kita banggakan,” beliau dipetik sebagai berkata.
Katanya, tindakan Hamas itu dilihat begitu berani dalam menjaga kedaulatan Islam dan bumi Palestin sendiri, lapor Harakahdaily.
Beliau juga berkata, saki baki keturunan Bani Israel yang jahat sejak dahulu dan membunuh para nabi kini melakukan kerosakan sama dengan menjajah tanah air Palestin serta membunuh rakyatnya.
"Kekejaman pihak mereka dibalas balik oleh tentera yang berani serta menghalau mereka dari mendiami tanah suci Palestin,” katanya seperti dilaporkan akhbar web PAS itu.
"Hari ini (sayap tentera Hamas) Briged al-Qassam dan mujahidin lain daripada Hamas adalah tentera tentera berani yang amat digeruni zionis telah melancarkan serangan balas yang dinamakan al-ashf al-ma'kul atau daun kering yang dimakan ulat dengan menggunakan persenjataan yang semakin canggih.”
Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Nik Aziz berkata, Israel pula menerima cadangan gencatan senjata Mesir kerana gentar dengan asakan Hamas.
Tegas beliau lagi, bahasa berinteraksi dengan zionis Israel ketika ini ialah bahasa perang senjata.
Kematian terus bertambah
Sementara itu, angka kematian akibat serangan Israel ke Semenanjung Gaza melebihi 360 orang selepas dibedil siang dan malam sejak 12 hari lalu.
Pagi ini, 32 mayat dibawa ke hospital dan angkanya dijangka meningkat, pasukan perubatan dipetik sebagai berkata kepada Al Jazeera.
Di pihak Israel pula, angkat kematian dilapor meningkat kepada tujuh orang selepas empat lagi tenteranya terbunuh selepas pertempuran dengan pejuang Palestin pada Sabtu.
Israel memulakan serangan melalui udara pada 8 Julai lalu sebagai balasan kepada tembakan roket daripada Gaza.
Israel dikatakan mensasarkan kemudahan tentera dan penembak Hamas walaupun sebaliknya ramai orang awam tercedera.
Hamas sebelum ini menolak gencatan senjata yang dicadangkan Mesir ketika Israel menerimanya. Selepas kegagalan itu, Israel kemudiannya memulakan serangan daratnya pada Khamis lepas. http://www.malaysiakini.com/news/269330

Tiada ulasan:
Catat Ulasan