Home » » Muhyiddin Akui PR Lebih Baik Dari BN

Muhyiddin Akui PR Lebih Baik Dari BN

Written By canang on Isnin, 18 Ogos 2014 | 8/18/2014 11:03:00 PG

Muhyiddin Akui PR Lebih Baik Dari BN
Krisis politik Selangor pengajaran buat BN jadi parti lebih baik, kata Muhyiddin
Krisis politik di Selangor boleh dijadikan pengajaran buat Barisan Nasional (BN) untuk menjadi parti yang lebih baik, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata apa yang penting ialah BN sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dan berterusan dalam menyelesaikan isu rakyat khususnya krisis air di negeri itu.
"Mereka tidak boleh selesaikan masalah sehingga berlarutan, tetapi kita tak mahu mengata mereka, mungkin ia satu pengajaran buat kita," katanya.
Beliau berucap merasmikan persidangan Perhimpunan Agung ke-38 Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) yang turut dihadiri Presiden Kimma Datuk Seri Syed Ibrahim Kader di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hari ini. Muhyiddin mengibaratkan krisis perebutan kerusi menteri besar di Selangor tidak ubah seperti "drama yang panjang".
Krisis yang dilihat berpunca daripada apa yang dipanggil "Langkah Kajang" itu mencapai kemuncak apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR kerana enggan akur pada arahan parti supaya berundur.
Bagaimanapun, Khalid mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar dan memecat beberapa anggota exco DAP dan PKR yang tidak lagi menyokong pentadbiran beliau. Hari ini, pimpinan tertinggi PAS dalam satu mesyuarat khas mencalonkan dua nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamad Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Khalid.
Pendirian PAS itu dilihat mengelirukan kerana parti itu sebelum ini menyatakan sokongan kepada Khalid dan mengarahkan empat anggota exco daripada parti itu kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Khalid. – Bernama,
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger