SHAH
ALAM - Selepas pertempuran memasuki hari ke-24 semalam, nama Malaysia
tiba-tiba muncul di akhbar-akhbar utama dan portal berita di Israel.
Akhbar
Jerusalem Post dan Haaretz meletakkan berita ‘Anggota Briged Al-Qassam
menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan’
di muka hadapan manakala stesen televisyen digital Israel i24news
menyenaraikan berita itu sebagai berita utama.
Kesemua
akhbar berkenaan melaporkan, Shin Bet menuduh unit komando Hamas
menerima latihan seperti payung terjun dan ‘paragliding’ untuk memasuki
kawasan selatan wilayah Israel dari Malaysia.
Susulan berita itu, jutaan komen diterima dari seluruh dunia hingga wujud perang siber.
Hamas
dalam satu kenyataan menyelar berita berkenaan dan menganggap Israel
melakukan penipu besar kerana Malaysia sentiasa berdiri kukuh bersama
penduduk Palestin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan