Selebriti dan juga pengacara dari
Amerika Syarikat, Joan Rivers dilaporkan mengalami masalah pernafasan
yang cukup parah sehingga harus dikejarkan ke hospital.
Dilaporkan oleh laman hiburan TMZ,
pengacara itu dikejarkan ke hospital Mt. Sinai, New York, kemudian
menjalani pembedahan tekak untuk mengatasi masalah pernafasan yang
dialaminya kelmarin. Namun semasa operasi pembedahan dijalankan, ada
masalah serius yang membuatnya berhenti bernafas. Nasibnya cukup baik
apabila pasukan perubatan memberikan bantuan dengan pantas, sehingga
nyawa Joan masih boleh diselamatkan.
Hingga kini keadaan Joan sudah mula
stabil. Namun, dia masih dalam fasa kritikal dan belum sedarkan diri.
Sebelum ini Joan Rivers dikritik dengan hebat lantaran melontarkan komen
kontroversi berkaitan pencerobohan tentera Israel ke Gaza.
Dia mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat
Palestin memang layak mati. Kedua ibu bapa Joan Rivers yang berbangsa
Yahudi-Rusia turut menghina warga Palestin yang terkorban. “Mereka yang terbunuh adalah orang-orang dengan IQ rendah,”
katanya di dalam satu temubual. Dia juga telah memperkecilkan
kematangan Selena Gomez dengan mempersoalkan dari universiti mana beliau
mendapat pendidikan kerana tidak memahami isu sebenar konflik
Palestin-Israel.
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan