Home » » Penghulu didakwa dalang pengundi hantu

Penghulu didakwa dalang pengundi hantu

Written By canang on Khamis, 25 September 2014 | 9/25/2014 08:11:00 PTG

SHAH ALAM - Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pas mendakwa seorang penghulu kampung bersubahat membawa masuk seorang 'pengundi hantu' pada PRK Dun N01 Pengkalan Kubor yang berakhir pada jam 5 petang tadi.

Pengarahnya, Noorazmir Zakaria berkata, penghulu tersebut pada awalnya yang mengiringi pengundi hantu itu bagaimanapun melarikan diri sebaik sahaja tindakannya disedari peguam Juham.

"Penghulu itu yang mengiringi pengundi bukan warganegara itu terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi tersebut.

"Keraguan semakin memuncak apabila ketika pengundi itu disoal siasat, dia langsung tidak tahu nombor kad pengenalan beliau, umur dan alamatnya di Pengkalan Kubor.

"Malah yang lebih aneh adalah pengundi tersebut juga tidak tahu apakah nama Dun tempat beliau mengundi undi ini dan apakah nama tempat UPU beliau mengundi," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Sebanyak 11 pusat mengundi bagi PRK Dun Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi tadi bagi membolehkan seramai 23,929 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Sebanyak 45 saluran mengundi pada PRK kali ini membabitkan 11 sekolah di kawasan tersebut.

Mengulas lanjut, Noorazmir menambah, pihak terkejut apabila hasil siasatan mendapati pengundi hantu itu mengaku memangkah calon BN, Mat Razi Mat Ail pada PRK itu.

Bukan itu sahaja, berdasarkan rekod pasportnya, pengundi hantu itu kerap berulang-alik ke Thailand.

"Apabila ditanya, dia mengesahkan keluarga beliau menetap di Thailand dan kali pertama dia mengundi adalah ketika PRU13 pada Mei tahun lalu," katanya lagi.
 http://www.sinarharian.com.my/politik/penghulu-didakwa-dalang-pengundi-hantu-1.320040#.VCPr7w7sGhI.facebook
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger